Utusan Borneo (Sarawak)

Nasib warga emas hilang sejak Sabtu belum diketahui

-

BINTANGOR: Seorang wanita warga emas dilaporkan hilang dari rumahnya sejak Sabtu lepas dan nasibnya tidak diketahui sehingga ke hari ini.

Kehilangan Gundok Malong, 80, dari Rumah Juntan, Sungai Meradong Pasi, disedari anaknya sebaik pulang dari Sibu Jaya pada Ahad, jam 1 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata, menyedarik­an ketiadaan ibunya di rumah panjang mereka, Dara Jeliang, 58, dengan ahli keluarga mereka yang lain dan beberapa penduduk bertindak mencari mangsa di kawasan kebun dan hutan berhampira­n serta beberapa rumah panjang berdekatan.

“Namun demikian mangsa masih tidak dijumpai dan risau tentang keselamata­n ibunya, anak mangsa terus membuat laporan polis berkaitan kehi- langan itu.

“Sebaik sahaja menerima laporan dan maklumat daripada pihak polis, pihak bomba terus melancarka­n operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula petang semalam ( kelmarin),” kata Nicholas dalam kenyataan kepada media, semalam.

Disebabkan mangsa masih belum dijumpai lewat petang kelmarin, operasi SAR diteruskan lagi semalam dan kawasan pencarian telah diperluask­an.

Menurut Nicholas, operasi turut melibatkan kerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan juga penduduk setempat.

“Hingga jam 4 petang, radius pencarian SAR mencapai keluasan lebih dua kilometer, dengan memberikan tumpuan kepada kawasan yang kerap digunakan mangsa untuk ke kebunnya.

“Namun demikian mangsa masih lagi belum ditemui dan operasi SAR akan diteruskan lagi keesokan hari sekiranya mangsa masih belum dijumpai,” kata Nicholas lagi.

 ??  ?? MASIH DICARI: Gundok dari Rumah Juntan, Sungai Meradong Pasi dilaporkan hilang dari rumahnya.
MASIH DICARI: Gundok dari Rumah Juntan, Sungai Meradong Pasi dilaporkan hilang dari rumahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia