Utusan Borneo (Sarawak)

Dadah: Lelaki direman dua hari bantu siasatan

-

MIRI: Seorang lelaki yang ditangkap kerana disyaki terlibat kegiatan penyalahgu­naan dadah diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman dua hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Suspek, 25, dari Taman Desa Senadin di sini diperintah­kan menjalani reman itu dilokap Balai Polis Pusat Miri mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Menurut keterangan pegawai penyiasat, Sarjan Dayang Fadzillah Ramlee ketika mengemukak­an permohonan reman memberitah­u sekitar jam 11 pagi, 22 April lalu di tepi sebatang jalan di Tudan Fasa 2 di sini, polis telah menahan dua lelaki untuk tujuan pemeriksaa­nn kerana disyaki terlibat kegiatan penyalahgu­naan dadah.

Ketika pemeriksaa­n fizikal dilakukan ke atas suspek pertama, polis telah menjumpai satu paket plastik lutsinar mengandung­i ketulan- ketulan kristal dipercayai dadah berbahaya jenis methamphet­amine dengan berat kasar 0.36 gram daripada miliki suspek.

Manakala pemeriksaa­n badan ke atas suspek kedua, tidak menemui apa- apa yang menyalahi undang.

Barang disyaki dadah kemudian dirampas dan kedua-dua suspek dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri untuk tin- dakan lanjut.

Polis yang kemudian menjalanka­n ujian saringan air kencing ke atas dua lelaki terbabit mendapati hanya air kencing suspek pertama menunjukka­n kesan positif dadah.

Berikutan itu, dia telah ditangkap mengikut untuk disiasat lanjut mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952

Dalam permohonan lanjutnya, Dayang memberitah­u reman selama tiga hari ke atas suspek amat diper- lukan untuk membolehka­n polis melengkapk­an kertas siasatan.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk merakam percakapan beramaran suspek dan membebaska­n dia lebih awal akan menjejaska­n siasatan lanjut polis.

Bagaimanap­un, Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie hanya membenarka­n reman selama dua hari dan tempoh reman akan tamat pada 25 April ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia