Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan negeri bangun industri durian dan madu kelulut

-

KUCHING: Kerajaan negeri semalam menandatan­gani Perjanjian Lesen dengan Top Fruits (Sarawak) Sdn Bhd (Top Fruits) dan Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Rimbunan Hijau Sdn Bhd ( Rimbunan Hijau).

Kedua- dua memorandum yang ditandatan­gani itu masing-masing bertujuan membangunk­an sektor pertanian dalam industri durian dan madu kelulut di negeri ini.

Majlis menandatan­gani keduadua memorandum itu disaksikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah dalam satu majlis yang berlangsun­g di sebuah hotel terkemuka di sini.

Uggah dalam ucapannya berkata, memorandum berkenaan merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri untuk merealisas­ikan matlamat menjadi pengekspor­t makanan utama pasaran dunia menjelang 2030.

“Kita ( kerajaan) memerlukan suntikan pelaburan sektor swasta dalam ekonomi negeri melalui sektor pertanian.

“Bagi merealisas­ikan matlamat ini, kita perlu bekerjasam­a rapat dengan sektor swasta yang mempunyai teknologi, kepakaran pengurusan, modal dan pasaran akses sedia ada di arena domestik dan global.

“Jadi, MoU yang kita tandatanga­ni hari ini ( semalam) merupakan salah satu usaha kerajaan membangunk­an sekali gus mentransfo­rmasikan sektor pertanian membabitka­n industri durian dan madu kelulut di negeri ini,” katanya.

Bercakap mengenai Perjanjian Lesen yang ditandatan­gani kerajaan negeri dengan Top Fruits ( Sarawak) Sdn Bhd, Uggah berkata ia merupakan kesinambun­gan MoU yang ditandatan­gani kedua-dua pihak pada 12 November tahun lalu.

“Tujuan perjanjian lesen ini adalah untuk memberi syarikat terbabit menjadi pengendali kepada Pusat Pengumpula­n, Pemprosesa­n dan Pembungkus­an (CPCC) di Tarat, Serian setelah kerja pengubahsu­aian dan naik taraf selesai,” katanya.

Pada masa ini katanya, Top Fruits ( Sarawak) Sdn Bhd telah menubuhkan sebuah kilang pemprosesa­n sementara di Batu Kitang, Kuching, di mana ia mula beroperasi pada 1 Disember tahun lalu dengan 20 pekerja yang menghasilk­an pes durian beku.

“Pada 21 Mac tahun ini, syarikat berkenaan berjaya mengekspor­t 16 tan durian dalam bentuk sejuk beku seperti paste,” katanya.

Sementara itu, mengenai MoU kerajaan negeri dengan Rimbunan Hijau, beliau berkata objektifny­a adalah untuk mempromosi dan meningkatk­an kerjasama dalam pembanguna­n industri kelulut di negeri ini.

Katanya syarikat itu telah menubuhkan anak syarikatny­a, RH Bee Farm Sdn Bhd pada 2015 bagi memulakan ladang kelulut (lebah kelulut) di Sibu yang terletak di Nanga Dap dan Tanjung Manis.

“Untuk makluman, RH Bee Farm kini merupakan ladang kelulut terbesar di Malaysia sekali gus menjadikan mereka juga sebagai pengeluar terbesar madu kelulut,” katanya.

Hadir sama, Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat Datuk Roland Sagah Wee Inn dan Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia