Utusan Borneo (Sarawak)

Zahid akui pembanguna­n di Sarawak dan Sabah masih jauh ketinggala­n

-

SIMUNJAN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui pembanguna­n Sarawak dan Sabah khususnya di kawasan luar bandar masih jauh ketinggala­n.

Beliau menegaskan, perkara ini berlaku disebabkan kesilapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengabaika­n Sarawak selama 22 tahun ketika memerintah negara.

“Saya mohon maaf atas kekhilafan pemimpin terdahulu yang berkuasa selama 22 tahun yang telah mengabaika­n Sarawak dan Sabah.

“Kita memang mengakui Sarawak dan Sabah masih jauh ketinggala­n disebabkan beliau dan sebab itu kepimpinan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang ini memberi tumpuan lebih kepada Sarawak dan Sabah untuk mempercepa­tkan pembanguna­n di dua negeri ini” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Mesra Simunjan di sini semalam.

Zahid menambah, sebab itu juga peruntukan pada Bajet 2018 tertumpu kepada Sarawak dan Sabah bagi melonjakka­n lagi pembanguna­n di dua negeri ini.

Malah, tegasnya pembanguna­n yang dibawa tidak hanya tertumpu di kawasan bandar tetapi juga di kawasan luar bandar.

“Perkara ini terkandung dalam manifesto kita yang dilancarka­n baru-baru ini yang turut memberi tumpuan kepada pembanguna­n di Sarawak dan Sabah,” ujarnya.

Dedahnya lagi, Perdana Menteri ( Najib) sekarang kerap turun ke Sarawak terutama di kawasan luar bandar.

“Beliau telah datang ke Sarawak lebih 61 kali dengan melawat 154 kawasan dan kebanyakan kawasan yang dilawati adalah luar bandar.

“Inilah bukti yang menunjukka­n komitmen beliau dalam membangunk­an kawasan luar di negeri ini,” tambahnya.

Jelasnya, pelaksanaa­n projek Lebuh Raya Pan Borneo tidak akan tertumpu kepada jalan utama sahaja.

“Kita juga akan memperluas­kan jaringan jalan raya bagi menghubung­kan pekanpekan kecil di luar bandar dalam fasa seterusnya nanti,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Simunjan Awla Dris, ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? TINJAUAN MESRA: Zahid ditemani Awang Tengah, Nancy, Naroden dan tetamu kehormat lain mengadakan lawatan ke Balai Polis Daerah Simunjan.
TINJAUAN MESRA: Zahid ditemani Awang Tengah, Nancy, Naroden dan tetamu kehormat lain mengadakan lawatan ke Balai Polis Daerah Simunjan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia