Utusan Borneo (Sarawak)

Sekolah moden dilengkapi bilik darjah model dirancang di setiap daerah

-

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan negeri merancang memperkena­lkan sebuah sekolah moden lengkap dengan bilik darjah model di setiap daerah di negeri ini dalam masa terdekat.

Menurut Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong, bilik darjah model ini dimodenkan dengan menggabung­kan alat teknologi untuk membantu mengajar dari China dan Singapura.

“Kami belajar dari lawatan kami baru-baru ini untuk melihat model pendidikan dari negara lain yang dapat dicontohi,” kata Manyin semasa lawatannya ke Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak di sini semalam.

“Isu kita sekarang adalah kos dan inilah yang akan kita teliti. Ia mungkin akan menelan kos untuk kemudahan ini tetapi kita boleh mulakan dengan satu daerah dahulu,” katanya.

Tambah Manyin, landskap pendidikan sentiasa berubah di mana apa yang diajar dalam kelas 20 tahun yang lalu mungkin tidak lagi relevan sekarang.

“Dunia sedang bergerak dengan cepat dan kini belajar bukan sahaja mengenai memiliki sijil semata-mata,” katanya yang turut menekankan pentingnya budaya berfikir yang menuntut lebih pembelajar­an daripada pengajaran.

“Pengajaran sepatutnya lebih kepada membantu dalam kelas dan pelajar perlu melakukan sesuatu untuk belajar terlebih dahalu,” ujarnya.

Mengenai latihan guru, Manyin berkata dalam kursus berkenaan, perkhidmat­an perlu diadakan lebih kerap untuk memastikan guru kemas sentiasa kini.

“Kita agak kurang dalam bahagian ini dan kita perlu memastikan guru kita dikemas kini dengan ilmu pengajaran terkini,” ujarnya.

Sempena lawatan tersebut, Manyin turut mengadakan sesi dialog bersama guru di institut tersebut.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Datu Sudarsono Osman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia