Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat diminta terus bersama BN agar usaha bangun Sarawak dilaksana dengan jayanya

- Oleh Rusnan Mustafa

SIMUNJAN: Rakyat di negeri ini diingatkan agar berhati-hati dengan ‘makhluk perosak’ yang hanya muncul ketika musim Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Mesra Simunjan di sini semalam.

“Jangan mudah terpengaru­h dengan ‘ makhluk perosak’ yang hanya datang lima tahun sekali, mereka ini hanya mahu merosakkan

Jangan mudah terpengaru­h dengan ‘makhluk perosak’ yang hanya datang lima tahun sekali, mereka ini hanya mahu merosakkan pemikiran rakyat sahaja.

pemikiran rakyat sahaja,” tegasnya.

Justeru, Menteri Dalam Negeri itu meminta rakyat terus teguh bersama Barisan Nasional ( BN) agar usaha membangunk­an negeri ini dapat terus dilaksanak­an dengan jayanya.

Pada masa sama Zahid menggesa penduduk di Ba- tang Sadong terus memberi kepercayaa­n kepada penyandang kerusi Parlimen itu, Datuk Seri Nancy Shukri untuk memajukan kawasan tersebut.

“Jika pada PRU lalu beliau (Nancy) memperoleh lebih 11,000 undi, saya mahu pada PRU14 ini beliau memperoleh­i 15,000 undi.

“Dan saya berjanji jika BN terus memerintah, saya akan umumkan berita gembira buat warga Simunjan,” tambahnya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memuji kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalanny­a yang komited memajukan negeri ini.

“Mereka bukan sahaja melawat tetapi pada masa sama mereka membawa peruntukan untuk kita melaksanak­an projek yang mana sebanyak RM4.6 bilion telah diperuntuk­kan melalui kunjungan mesra di negeri ini.

“Jika dibanding dengan perdana menteri yang berkuasa 22 tahun, berapa kali sahaja beliau melawat kawasan kita di Sarawak, itu pun tertumpu di kawasan bandar sahaja,” tegasnya.

Tambah Awang Tengah lagi, ini menunjukka­n kerajaan persekutua­n yang dipimpin Najib dan Zahid amat prihatin dengan keperluan dan kehendak rakyat negeri ini.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pelbagai perancanga­n telah dirangka untuk memajukan kawasan Parlimen Batang Sadong.

Jelasnya, ia bukan sahaja dari segi infrastruk­tur tetapi juga modal insan, sosioekono­mi, kebudayaan dan warisan.

“Kita merancang dengan rapi keperluan pembanguna­n di kawasan ini dan berusaha memastikan kita mendapat peruntukan secukupnya,” ujarnya.

Hadir sama Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris, ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo dan tetamu kehormat lain.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid Timbalan Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia