Utusan Borneo (Sarawak)

Calon BN Batang Sadong terus disokong walaupun ia kawasan selamat

-

KUCHING: Barisan Nasional (BN) Pusat akan terus memberi sokongan kepada calon BN untuk kerusi Parlimen Batang Sadong walaupun ia dikategori sebagai kawasan selamat.

Timbalan Pengerusi BN merangkap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sokongan itu penting bagi memastikan BN kekal menguasai Batang Sadong pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

“Hari ini (semalam) saya ke dua buah negeri, sebelah pagi saya di Kimanis, Sabah dan petangnya di Batang Sadong, Simunjan.

“Kedua-dua kawasan ini, insyaAllah selamat tetapi saya akan terus membantu kawasan yang selamat ini supaya menunjukka­n kepedulian walaupun kerusikeru­si ini selamanya menjadi lubuk sokongan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Media Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) di sini semalam. Terdahulu beliau menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Simunjan.

Penyandang kerusi Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri pada PRU13 (2013) memenangi kerusi itu selepas menewaskan calon PAS Mohamad Jolhi.

Nancy memperoleh 13,277 undi manakala Mohamad hanya 2,017 undi.

Dalam perkembang­an berkaitan Zahid berkata BN akan berusaha memas- tikan kerusi Parlimen yang dikategori sebagai kawasan ‘kelabu’ di negeri ini dapat ditawan semula pada PRU14 .

Beliau berkata bagi kawasan dikategori ‘hitam’ BN akan berusaha mewujudkan suasana politik yang menyaksika­n pengundi beralih sokongan kepada BN.

“Ya, sudah tentu tidak semua kerusi Parlimen di Sarawak adalah kawasan ‘putih’ tetapi yang ‘kelabu’ kita (BN) akan berusaha supaya kita mencapai kemenangan.

“Manakala bagi kawasan ‘hitam’ sudah tentu kita terus berusaha mewujudkan suasana politik yang mana ( pengundi) kawasan itu harus berpindah sokongan kepada calon-calon BN,” katanya.

Zahid turut menyatakan keyakinan bahawa BN boleh memenangi sekurang- kurangnya 29 kerusi daripada 31 Parlimen di Sarawak pada PRU14 nanti.

“Sudah tentu kita ke arah itu, kita perlukan pemikiran yang positif mengenai perkara ini. Itulah yang sedang kita buat walaupun BN berdepan masalah dalaman parti.

“Namun ia ( masalah dalamam parti) adalah perkara yang sangat normal berlaku sama ada semasa Pilihan Raya Kecil, Pilihan Raya Negeri mahupun Pilihan Raya Umum,” katanya.

Hadir sama dua Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian.

 ??  ?? SELAMAT: Zahid pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching semalam selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Simunjan.
SELAMAT: Zahid pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching semalam selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Simunjan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia