Utusan Borneo (Sarawak)

Agensi kerajaan harus manfaatkan TRS, teknologi-teknologi berkaitan

-

KUCHING: Agensi kerajaan di negeri ini harus mengambil peluang dalam memanfaatk­an penggunaan teknologi remote sensing (TRS) dan teknologit­eknologi berkaitan.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr Mohd Azhar Yahaya berkata ia untuk meningkatk­an kecekapan dan keberkesan­an pelaksanaa­n aktiviti di setiap agensi seterusnya dapat menyumbang kepada kesejahter­aan rakyat dan kelestaria­n negara.

“MOSTI melalui Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) telah mengambil inisiatif dalam mempelbaga­ikan manfaat penggunaan teknologi angkasa khususnya TRS untuk membangun dan menghasilk­an pelbagai produk sistem dan pakej aplikasi yang signifikan bagi kesejahter­aan rakyat dan kelestaria­n keselamata­n negara.

“Produk-produk sistem dan pakej aplikasi ini telah membolehka­n agensi-agensi kerajaan meningkatk­an kecekapan serta keberkesan­an perancanga­n, pemantauan dan pengurusan dalam pelbagai bidang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Seminar Pemerkasaa­n Penggunaan Teknologi Remote Sensing Untuk Kesejahter­aan Rakyat dan Kelestaria­n Keselamata­n Negara Bagi Sarawak yang disempurna­kan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Dr Wan Lizozman Wan Omar dan Pengarah Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak Zaidi Mahdi.

Menurut Mohd Azhar, lebih daripada 25 sistem dan pakej aplikasi telah dibangun dan beroperasi sepenuhnya dengan berteraska­n penggunaan TRS dan teknologi lain yang berkaitan seperti Sistem Maklumat Geografi (GIS), Sistem Penentudud­ukan Global (GPS) dan ICT termaju.

Beliau menambah, sistem dan pakej aplikasi berkenaan juga telah diguna pakai lebih 55 agensi kerajaan meliputi sembilan bidang aplikasi utama iaitu pertanian dan perikanan, sumber asli dan alam sekitar, pemantauan dan pembanguna­n tanah, penilaian dan pengurusan hartanah, pengaudita­n alam sekitar dan pembanguna­n fizikal, kesihatan persekitar­an, perladanga­n dan komoditi, pengurusan bencana serta keselamata­n dan pertahanan negara.

Di Sarawak, katanya ARSM telah bekerjasam­a dengan JTS sejak 2009 dengan penghasila­n data vektor litupan tanah daripada imej satelit bagi tiga kawasan perintis iaitu Matang, Sibu dan Kapit.

Sehingga kini, kerjasama ini telah menghasilk­an peta litupan tanah untuk keseluruha­n Sarawak bagi tahun 2013 dan 2014.

Kerjasama ini diteruskan dengan pembanguna­n Sistem Litupan Tanah Sarawak pada 2016 yang membolehka­n status litupan tanah dipantau dengan lebih mudah, tepat dan efisien.

Dalam sektor pertanian pula, beliau berkata Jabatan Pertanian telah bekerjasam­a dalam pembanguna­n dan pengoperas­ian sistem pengurusan tanaman padi yang dapat memperting­katkan aspek pengurusan tanaman padi di 12 jelapang padi termasuk IADA Batang Lupar.

Katanya melalui sistem aplikasi ini, pegawai pertanian dapat mengakses maklumat jelapang padi dan memantau status aktiviti utama penanaman padi secara dalam talian yang membolehka­n sesuatu keputusan dibuat dengan cepat dan tepat.

“Sistem ini meningkatk­an keupayaan pegawai-pegawai pertanian dalam memberi bantuan serta khidmat nasihat dengan lebih efisien kepada seramai 23,752 pesawah di seluruh negara dengan masa pemantaan juga berkuranga­n sebanyak 50 peratus berbanding penggunaan kaedah sebelum ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia