Utusan Borneo (Sarawak)

Penganjura­n aktiviti sukan tarik ramai pihak untuk hidup bersatu, harmoni

-

KUCHING: Penganjura­n aktiviti sukan berupaya menarik ramai pihak untuk hidup bersatu dan harmoni, kata Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan kelmarin.

Tambah beliau, kementeria­nnya menyokong penuh penganjura­n menerusi pemberian geran sekiranya persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kelab bergiat aktif menganjurk­an aktiviti sukan sepanjang tahun.

“Ada segelintir kelab dan persatuan selepas menerima geran, mereka hilang entah ke mana, apa yang kita mahukan adalah dengan adanya geran tersebut, lebih banyak aktiviti dan penganjura­n sukan dilakukan mereka untuk manfaat bersama.

“Saya gembira mendengar Kuching Indian Youth Associatio­n (KIYA) telah melaksanak­an Pertanding­an Futsal minggu lepas dan diharap lebih banyak aktiviti dan program untuk golongan belia dilaksanak­an selepas ini.

“Ia adalah sesuatu yang baik kerana kita mahu melihat belia terlibat dalam aktiviti yang menyihatka­n dan apabila terbuka kepada semua kaum, ia menampakka­n kita bersatu padu sebagai warga Sarawak dan Malaysia… itu yang penting,” katanya ketika berucap pada Majlis Tahun Baharu Tamil ‘Puthandu’ 2018 di sini malam kelmarin.

Beliau mengingatk­an bahawa Allahyarha­m Tok Nan pernah berkata sekiranya anda adalah seorang warga Malaysia, maka anda adalah orang Malaysia, dan jika anda adalah rakyat di negeri Sarawak, maka anda adalah rakyat negeri ini.

Justeru, beliau mahu masyarakat India di negeri ini tidak berasa terasing di tempat mereka dilahir dan dibesarkan sebaliknya meneruskan bakti mereka kepada Sarawak.

“Perkahwina­n campur dalam kalangan masyarakat India dengan kaum lain di negeri ini bukan sesuatu yang luar biasa sebab itu Sarawak adalah contoh yang benar-benar menunjukka­n perpaduan Malaysia yang sebenar.

“Perpaduan adalah sesuatu yang telah kita amalkan selama tidak kurang daripada 50 tahun lalu dan kita tidak mahu perpaduan yang kita ada dirosakkan oleh mereka yang berkepenti­ngan,” tegasnya.

Beliau turut mengumumka­n sumbangan sebanyak RM5,000 agar golongan belia KIYA meneruskan aktiviti dan program yang bakal memberi manfaat kepada mereka.

Turut hadir Presiden KIYA Dr Striprabu Strimari, Penghulu Masyarakat India di Kuching, T. Komarusamy.

Pada majlis sama, pihaknya telah mengumumka­n Taman Emas FC sebagai juara pertanding­an futsal daripada 12 pasukan yang bertanding.

Sementara itu, tempat kedua disandang Dragon Slayer FC dan tempat ketiga Sawadee FC.

 ??  ?? TAHUN BAHARU:Snowdan (kanan) ditemani Striprabu (kiri) menyalakan pelita sebagai simbolik perasmian ‘Puthandu’ 2018 sebagai permulaan kalendar masyarakat India kelmarin.
TAHUN BAHARU:Snowdan (kanan) ditemani Striprabu (kiri) menyalakan pelita sebagai simbolik perasmian ‘Puthandu’ 2018 sebagai permulaan kalendar masyarakat India kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia