Utusan Borneo (Sarawak)

Kaum India berperanan sebagai pengundi pilih pemimpin berwibawa

-

KUCHING: Kaum minoriti di Sarawak, India juga berhak memainkan peranan dan tanggungja­wab sebagai pengundi dalam memilih pemimpin yang berwibawa untuk memimpin.

Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan berkata demikian sambil menambah bahawa tindakan yang dilakukan mereka hari ini sedikit sebanyak akan membantu membina masa depan yang cerah untuk anak, cucu serta cicit mereka pada masa depan.

“Kita mesti memulakann­ya dan ia perlu dimulakan juga dari mana sahaja dan sebagai persediaan itu maka apa yang ada dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA 63) menjadi penting untuk diperolehi.

“MA 63 adalah perjuangan kita sebagai sebahagian daripada pihak yang membentuk Malaysia pada masa itu termasuk Singapura, Brunei dan Sabah.

“Banyak golongan muda hari ini yang tidak mengetahui perkara ini dan bertanya kepada orang tua mereka kenapa kita menyambut terlalu banyak Hari Kemerdekaa­n iaitu 31 Ogos, 16 September dan 22 Julai,” katanya ketika berucap pada Majlis Tahun Baharu Tamil ‘Puthandu’ 2018 di sini semalam.

Maka dengan itu, jelas Snowdan adalah menjadi tanggungja­wab setiap ibu bapa untuk mendidik anak mereka apa yang terkandung dalam MA63 melibatkan wilayah-wilayah yang terlibat pada masa itu.

Beliau menegaskan juga bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan sekadar cakap kosong seperti pihak pembangkan­g.

Kerajaan mempunyai kekuatan dan sumber untuk melaksanak­an setiap projek pembanguna­n yang dirancang.

“Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg juga telah memperkena­lkan pelbagai polisi untuk kebaikan Sarawak.

“Antaranya Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS), Petroleum Sarawak Berhad (Petros), pembinaan LRT dan banyak lagi melihat kepada keperluan rakyat dan kapasiti sumber yang ada di negeri ini.

“Justeru sebuah negara atau negeri sebenarnya memerlukan seorang pemimpin yang praktikal dalam memperkena­lkan polisi yang mahu dilaksanak­annya,” jelas beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia