Utusan Borneo (Sarawak)

Ia sapat dilihat kebenarann­ya sejak Parlimen Sibu jatuh ke tangan pembangkan­g

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Penduduk di Nanga Tutus dalam kawasan Parlimen Sibu akan terus kerugian untuk tempoh masa lima tahun lagi sekiranya tersalah pilih wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Timbalan Pengerusi Rancangan Sibu 1 (RS1) Andrew Shilling berkata, perkara ini dapat dilihat kebenarann­ya sejak kerusi Parlimen Sibu jatuh ke tangan pembangkan­g lima tahun lepas.

“Sejak lima tahun di bawah pembangkan­g, pernahkan mereka membawa projek pembanguna­n kepada penduduk di Tutus ini atau datang menjenguk penduduk rumah panjang,” ujarnya.

Berucap pada Program Bersama Komuniti Rancangan Sibu 1 (RS1), Andrew berkata semua projek pembanguna­n yang dinikmati penduduk di Nanga Tutus selama ini adalah daripada wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Namun katanya, peruntukan daripada kerajaan negeri yang disalurkan menerusi wakil rakyat DUN Bawang Assan sahaja tidak mencukupi.

“Kita memerlukan wakil rakyat di Parlimen kerana peruntukan daripada kerajaan pusat adalah lebih banyak.

“Dengan peruntukan yang besar ini, projek pembanguna­n juga dapat dilaksanak­an dengan lebih cepat,” katanya.

Andrew yang juga setiausaha politik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n berkata, penduduk di Nanga Tutus harus bersyukur kerana telah menerima kemudahan asas seperti jalan, bekalan elektrik dan telekomuni­kasi.

Beliau juga menyeru penduduk bersabar menunggu projek bekalan air kerana wakil rakyat DUN Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh berusaha melaksanak­an projek itu untuk rakyat di situ.

Sehubungan itu, Andrew berharap penduduk terutama pengundi di Nanga Tutus akan terus menyokong siapa juga calon BN bagi Parlimen Sibu pada PRU14 ini.

Dalam Program Bersama Komuniti RS1 semalam, rombongan RS1 yang diketuai Andrew Wong berkunjung ke Batu Burak dan Nanga Tutus di Batang Igan melibatkan 10 rumah panjang.

 ??  ?? PRIHATIN: Andrew Wong (kiri) mendengar permohonan daripada warga emas Empayan Ansam, 80, ketika berkunjung ke Rumah Randi di Batu Burak.
PRIHATIN: Andrew Wong (kiri) mendengar permohonan daripada warga emas Empayan Ansam, 80, ketika berkunjung ke Rumah Randi di Batu Burak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia