Utusan Borneo (Sarawak)

Ekspo Hartanah SHEDA 2018 di BCCK

-

KUCHING: Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) akan mengadakan Ekspo Hartanah SHEDA 2018 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) bermula 6 hingga 8 Julai nanti.

Ia mendapat sokongan Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (MLGH) dan Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Ekspo Hartanah SHEDA (dahulunya dikenali sebagai SARBEX yang pertama kalinya dianjurkan pada 1998, ber- tujuan mewujudkan sebuah pusat sehenti bagi mereka yang ingin memiliki rumah, pelabur dan pemaju yang berminat.

Ia menyatukan para pemaju perumahan dan hartanah, pembuatan dan pembekal bahan binaan, rumah dan gaya hidup, bank dan perkhidmat­an lain yang berkaitan bersama di bawah satu bumbung.

Idea tersebut dilihat berupaya membantu meningkatk­an keuntungan dalam sektor hartanah semasa kemeleseta­n ekonomi pada lewat 90-an.

Sejak itu, ekspo berkenaan diadakan secara berterusan dan turut menerima sokongan menggalakk­an daripada para pemaju perumahan dan orang awam.

Ekspo berkenaan adalah saluran sempurna untuk menghubung­kan pemaju kepada pembeli rumah dan pelabur hartanah di sini secara dekat.

Sepanjang penganjura­n ekspo, terdapat pelbagai aktiviti disediakan oleh pihak penganjur yang terbuka untuk disertai para pengunjung.

SHEDA menggalakk­an orang ramai turut serta dalam ekspo berkenaan dan pendaftara­n bagi pemaju hartanah yang masih berminat untuk menempah ruangan pameran masih lagi dibuka.

Oleh kerana ia terhad, pihak yang berminat dipelawa menghubung­i Sekretaria­t SHEDA secepat mungkin.

Untuk menempah gerai anda, sila hubungi Sekretaria­t Negeri SHEDA (Harea) di +6082-366 334 atau e-mel ke expo@sheda.org.my.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.shedaprope­rtyexpo.com.

 ??  ?? BERJAYA: Ekspo Hartanah SHEDA yang dianjurkan sebelum ini mendapat sambutan luar biasa.
BERJAYA: Ekspo Hartanah SHEDA yang dianjurkan sebelum ini mendapat sambutan luar biasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia