Utusan Borneo (Sarawak)

Kemenangan BN akan menguatkan suara kerajaan negeri di peringkat pusat: Chieng

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Rakyat di negeri ini diminta bersatu dan bekerjasam­a mengembali­kan hak Sarawak dengan membuat pilihan bijak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Timbalan Presiden II Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Chieng Buong Toon berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) akan menguatkan suara kerajaan negeri di peringkat pusat.

“Ini saat sangat penting untuk semua rakyat Sarawak. Pilihan raya ini bukanlah pertempura­n antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan perdana menteri kita.

“Ini adalah pilihan rakyat Sarawak. Jika kita dapat memenangi 31 kerusi, kita mendapat lebih banyak hak dan akan menguatkan suara kerajaan negeri di peringkat pusat,” katanya.

Chieng berkata demikian ketika ditemui selepas mewakili SUPP Sibu membeli enam set borang penamaan calon di pejabat pengurus pilihan raya kawasan Parlimen Lanang di sini semalam.

Pengerusi SUPP Bukit Assek itu percaya jika BN dapat memenangi kerusi Parlimen Sibu dan Lanang, akan ada transforma­si pembanguna­n di Sibu.

Mengenai peruntukan kerusi, Chieng berkata beliau menyerahka­n keputusan kepada kebijaksan­aan pemimpin BN menentukan calon terbaik.

Beliau diiringi tiga calon turut disenaraik­an sebagai calon berpotensi SUPP untuk Parlimen Lanang, Kelvin Kong, Joseph Chieng dan Wong Chin Yong serta calon berpotensi SUPP Parlimen Sibu Robert Lau.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Lanang Jong Thian Puk turut mengesahka­n 13 set borang penamaan calon dibeli dengan empat set dibeli DAP dan selebihnya dari Sarikei.

Ini saat sangat penting untuk semua rakyat Sarawak. Pilihan raya ini bukanlah pertempura­n antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan perdana menteri kita. Chieng Buong Toon Timbalan Presiden II SUPP

 ??  ?? BELI: Chieng (lima kanan) mewakili SUPP Sibu membeli enam set borang daripada Jong (empat kanan) sambil disaksikan Wong (tiga kiri), Kelvin (empat kiri), Robert (lima kiri), Joseph (dua kanan) di Sibu semalam.
BELI: Chieng (lima kanan) mewakili SUPP Sibu membeli enam set borang daripada Jong (empat kanan) sambil disaksikan Wong (tiga kiri), Kelvin (empat kiri), Robert (lima kiri), Joseph (dua kanan) di Sibu semalam.
 ??  ?? DIAKTIFKAN: Ling (empat kanan), Wong (dua kiri), Lau (tiga kiri), Chang (dua kanan) serta yang lain pada pelancaran bilik operasi Harapan Parlimen Sibu semalam.
DIAKTIFKAN: Ling (empat kanan), Wong (dua kiri), Lau (tiga kiri), Chang (dua kanan) serta yang lain pada pelancaran bilik operasi Harapan Parlimen Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia