Utusan Borneo (Sarawak)

PBK umum Wong sebagai calon untuk Parlimen Sarikei

-

SARIKEI: Parti Bumi Kenyalang ( PBK) akan meletakkan calon tunggalnya bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi merebut kerusi Parlimen Sarikei.

Calon terbabit merupakan Pengerusi PBK Cawangan Sarikei Wong Chin King, 52, yang juga bekas pendidik.

Wong ketika dihubungi media semalam mengesahka­n bahawa keputusan tersebut telah dipersetuj­ui pucuk kepimpinan PBK dalam mesyuarat parti beberapa bulan lepas.

“Saya akan bertanding di Parlimen Sarikei dan borang calon pun sudah saya dapatkan daripada pegawai pengurus pilihan raya Parlimen Sarikei pagi tadi (semalam),” katanya.

Wong merupakan seorang pendidik yang telah melepaskan jawatan tersebut pada awal 2011 untuk memberi tumpuan penuh kepada bidang politik yang diceburiny­a.

Setelah melepaskan jawatan sebagai pendidik, Wong terus menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan dilantik menjadi setiausaha DAP Cawangan Sarikei.

Namun demikian, sebelum Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 2016, setelah menyedari dirinya tidak dicalonkan mewakili DAP pada pilihan raya tersebut, Wong mengumumka­n keluar daripada DAP.

Pada masa yang sama, beliau turut mengumumka­n bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016 di kerusi DUN Repok sebagai calon Bebas.

Dalam pertanding­an tiga penjuru tersebut, Wong bersama wakil DAP Yong Siew Wei, seorang peguam, tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Dato Sri Huang Tiong Sii.

Maka dengan itu, pada PRU14 di Parlimen Sarikei sekali lagi dijangka menyaksika­n pertanding­an tiga penjuru membabitka­n BN, DAP dan PBK.

 ??  ?? PERLU DIISI: Wong (tengah) mendapatka­n borang calon daripada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Sarikei Abang Mohd Porkan (kiri) di Sarikei, semalam.
PERLU DIISI: Wong (tengah) mendapatka­n borang calon daripada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Sarikei Abang Mohd Porkan (kiri) di Sarikei, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia