Utusan Borneo (Sarawak)

Calon termuda PAS berikrar tidak beri kemenangan mudah kepada lawan

-

KUCHING: Calon termuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sarawak di kerusi Parlimen Petra Jaya berikrar tidak akan memberi kemenangan mudah kepada dua parti lawannya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau, Hamdan Sani, berusia 31 tahun berasal dari Kampung Samariang Jaya yakin mampu memberi saingan kepada dua lagi calon lain masing-masing daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, meskipun tugas yang dipikulnya sebagai calon PAS bagi kerusi Parlimen Petra Jaya berat dan sukar, beliau akan melakukan tanggungja­wab itu sebaik-baiknya.

“Saya akan memberi komitmen sebaik- baiknya pada PRU14 ini, walaupun ia merupakan satu amanah yang besar bagi saya sebagai calon, saya akan lakukan sebaik-baiknya pada PRU14 ini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mengenai Hamdan, beliau merupakan pengarah Institut Perguruan PASTI Negeri Sarawak yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Beliau merupakan bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kota Samarahan dan kini dilantik sebagai penolong setiausaha Dewan Pemuda dan penolong setiausaha Badan Perhubunga­n PAS Sarawak.

Parlimen Petra Jaya bakal menyaksika­n pertembung­an tiga penjuru antara calon PAS, BN dan PH pada PRU14 ini yang mana kerusi itu pada masa ini disandang Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

PH pula dijangka mempertaru­hkan Datuk Dr Nor Irwan Ahmat Nor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Petra Jaya.

Berusia 42 tahun, beliau yang memiliki ijazah kedoktoran dalam bidang kejurutera­an awam berasal dari Kampung Laruh Skim, Petra Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia