Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat India diseru terus menyumbang kepada kemajuan

Masyarakat India perlu bersatu bersama masyarakat lain dalam memperkuku­h perpaduan, kata Dr Chan

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Masyarakat India di sinidisara­nterusmema­inkan peranan penting dalam menyumbang pelbagai aspek termasuk pembanguna­n dan kemajuan negara.

Penaung Persatuan India Miri (MIA) Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkatamas­yarakatInd­iaperlu bersatu bersama masyarakat lain dalam memperkuku­h perpaduan.

“Ini kerana masyarakat India adalah sebahagian daripada masyarakat yang membentuk kepelbagai­an serta keunikan kita sebagai 1Malaysia walaupun berlainan bangsa dan agama di sini,” katanya.

Bekas Timbalan Ketua Menteri itu berkata demikian pada Majlis Sambutan Gabungan Tahun Baharu Masyarakat India 2018 dengan kerjasama ‘Moving Communitie­s’ anjuran MIA di sini petang kelmarin.

Hadir sama isteri beliau, Datuk Lorna Enan Muloon, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting, Pengerusi MIA

Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Penaung Persatuan India Miri

Kaunselor Karambir Singh dan Pengerusi Persatuan Hindu Miri Sivashakar­an Nair.

Menurut Dr Chan, beliau mahu sumbangan dan kerjasama masyarakat India di sini terhadap pembanguna­n Miri diteruskan agar bersama menikmati manfaatnya.

Pada majlis itu, beliau turut menyumbang RM5,000 bagi menyokong aktiviti anjuran MIA manakala RM5,000 lagi peruntukan daripada Sebastian.

Terdahulu, Karambir dalam ucapannya berkata majlis itu disertai lebih 60 masyarakat India bersama menyambut gabungan tahun baharu masyarakat itu.

Gabungan sambutan tahun baharu itu ialah Baisakhi, Puthandu, Gudi Padva, Goru Bihu, Vaishakha, Vishu, Ugadi, Naba Barsha, Aluth Avurudhu dan Nau Roz.

Mengenai politik, Karambir berkata masyarakat India di sini memberi sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini bagi memastikan lebih banyak pembanguna­n dicapai di Miri.

“Diharapkan rakyat di sini bijak memilih mereka yang betul-betul berkhidmat dan melaksanak­an tugas demi kesejahter­aan dan pembanguna­n berterusan untuk masyarakat di Miri.

“Malah, kita yakin calon BN adalah yang layak untuk terus berjuang dan membawa kemajuan untuk rakyat negeri ini,” katanya.

 ??  ?? SIMBOLIK CAHAYA: Dr Chan dan Lorna menyalakan pelita sebagai simbolik perasmian sambutan gabungan tahun baharu masyarakat India sambil disaksikan (tiga kiri) Karambir, Sivashakar­an, Ting serta tetamu lain di Miri petang kelmarin.
SIMBOLIK CAHAYA: Dr Chan dan Lorna menyalakan pelita sebagai simbolik perasmian sambutan gabungan tahun baharu masyarakat India sambil disaksikan (tiga kiri) Karambir, Sivashakar­an, Ting serta tetamu lain di Miri petang kelmarin.
 ??  ?? MESRA: Kennedy bersalaman dengan penduduk di Uma Penan, Long Peran, sejurus tiba di penempatan kaum Penan, kelmarin.
MESRA: Kennedy bersalaman dengan penduduk di Uma Penan, Long Peran, sejurus tiba di penempatan kaum Penan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia