Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Kumpulan Sokongan Pink Ribbon S’wak bakal miliki pusat sendiri

-

KUCHING: Persatuan Kumpulan Sokongan Pink Ribbon Sarawak bakal memiliki pusat sendiri yang dijangka dibuka dan dirasmi dalam tahun ini.

Menteri Muda UndangUnda­ng, Hubungan Kerajaan Negeri- Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Syeed Aman Ghazali berkata pusat itu akan digunakan bagi persatuan menjalanka­n pelbagai aktiviti dan program.

“Kita kini sedang berunding dengan pemaju untuk perolehan sebuah rumah bagi tujuan pusat ini.

“Dari sudut dana, kita sudah mempunyai dana yang mencukupi dan berharap akan dapat harga terbaik daripada pemaju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Bengkel Limfedema dan Fisioterap­i s e m p e n a M e s y u a r a t Perwakilan Tahunan Ke-6 persatuan tersebut di salah sebuah hotel terkemuka di sini kelmarin.

Pada majlis itu Hasidah yang juga penasihat pembanguna­n persatuan turut menyumbang RM50,000 sebagai dana tambahan persatuan bagi pembelian rumah pusat itu nanti.

Terdahulu presiden persatuan Suriani Rapaiee berkata pusat yang bakal dibuka ini akan menjadi tempat untuk persatuan menjalanka­n aktiviti.

Pusat itu katanya, juga boleh dijadikan sebagai pusat pengeluara­n payudara palsu dan coli khas.

Selain itu pusat ini juga ideal untuk mengadakan kursus, khidmat kaunseling, fisioterap­i dan sebagainya khas untuk wanita penghidap kanser payudara.

Bercakap mengenai bengkel tersebut ia sempena mesyuarat tahunan keenam persatuan yang disertai ahli-ahli dari Kuching dan Sibu.

Bengkel ini sudah pasti akan memperkasa­kan ahli dan bekas pesakit kanser payudara dalam mencegah risiko komplikasi limfedema iaitu situasi dimana pesakit mengalami bengkak lengan yang disebabkan oleh pengumpula­n cecair dalam nodus limfa.

Bengkak lengan ini b o l e h m e n y e b a b k a n masalah psikologi dan aktiviti kehidupan seharian dan keupayaan untuk melaksanak­an tugas kerja juga terjejas.

 ??  ?? MENARIK: Hasidah (empat kiri) dan Suriani (tiga kiri) menyaksika­n demonstras­i urutan dan mampatan lengan oleh pakar fisioterap­i persatuan.
MENARIK: Hasidah (empat kiri) dan Suriani (tiga kiri) menyaksika­n demonstras­i urutan dan mampatan lengan oleh pakar fisioterap­i persatuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia