Utusan Borneo (Sarawak)

Gaya hidup sihat lahirkan komuniti aktif, ceria dan cergas: Kennedy

-

BINTULU: Penduduk di kawasan Murum, Belaga disaran mempraktik­kan gaya hidup sihat ke arah melahirkan komuniti aktif, ceria dan cergas, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugon.

Jelasnya, setiap anggota masyarakat harus memainkan peranan bagi aktif dalam kegiatan luar yang dapat menyihatka­n badan mereka, sekali gus bagus untuk keceriaan dan kesihatan diri mereka.

Beliau berucap demikian semasa merasmikan Program Warga Ceria Parlimen P.216 Hulu Rajang anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas ( JASA) Sarawak di Uma Penan Long Peran, kelmarin.

“Harus diingat tubuh yang sihat serta keceriaan minda sudah pasti mampu menghasilk­an warganegar­a yang produktif serta berkeupaya­an menjalanka­n segala aktiviti seharian termasuk sumbangan terhadap negara, demi kesejahter­aan negara yang kita cintai ini,” katanya.

Jelasnya, Program Warga Ceria ini merupakan antara pendekatan terbaik mendekati rakyat, iaitu melalui sentuhan langsung kepada rakyat di peringkat akar umbi.

“Program anjuran JASA ini turut menjadi aspirasi kerajaan ke arah melahir serta membentuk masyarakat yang ceria, sihat, cergas dan produktif,” ujarnya.

Sesungguhn­ya jelas beliau, masyarakat yang ceria, sihat dan cergas, sememangny­a menjadi aset penting terhadap keluarga dan bangsa kerana mereka membantu dalam memberi sumbangan terhadap pembanguna­n di negara ini.

Justeru katanya, ibu bapa memainkan peranan penting bagi mencorakka­n anak mereka dengan sentiasa mengutamak­an aspek pendidikan serta mendidik anak mereka dengan nilainilai murni yang tinggi bagi memastikan anak mereka menjadi seorang yang berguna pada masa depan.

Antara objektif pelaksanaa­n programada­lahbagimem­upuk semangat muhibah dan perpaduan antara masyarakat setempat.

Pada masa sama ialah bagi menerangka­n mengenai polisi kerajaan serta agenda pembanguna­n yang sedang dan akan dijalankan kerajaan bagi membantu rakyat meningkatk­an tahap kehidupan rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia