Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan negeri dicadang menawarkan dana modal usaha niaga kepada belia

-

MIRI: Kerajaan negeri dicadang menawarkan dana modal usaha niaga untuk memudahkan golongan belia memperoleh modal memulakan perniagaan dalam talian atau e-dagang.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Pujut Bruce Chai berkata pertubuhan, badanatauk­umpulandic­adang ditubuhkan untuk tujuan itu dengan mempraktik­kan konsep usaha sama.

“K u m p u l a n y a n g menawarkan bantuan modal ini tidak mengenakan faedah kepada pemohon. Mereka bekerjasam­a sebagai rakan kongsi,” katanya mengulas agenda pembanguna­n belia dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Bruce berkata, golongan b e l i a m a s i h s u k a r mendapatka­n modal memulakan perniagaan kerana tidak memiliki kemudahan kredit atau hartanah untuk dijadikan cagaran mendapat pinjaman daripada bank.

Tanpa modal, ia menyekat usaha membangunk­an edagang iaitu antara elemen penting dalam pembanguna­n ekonomi digital di Sarawak.

“M a s i h t e r d a p a t masalah atau kesukaran belia mendapatka­n modal memulakan e-dagang mereka sendiri.

“Idea dana usaha sama bermaksud sejumlah dana golongan belia disediakan sebagai modal oleh sebuah badan,” jelasnya.

Menurut Bruce, pemohon harus terlebih dahulu mengemukak­an model perniagaan meyakinkan untuk melayakkan mereka menerima modal ini.

Cadangan itu boleh menarik minat lebih ramai belia khasnya lepasan universiti menyertai e-dagang kerana adanya tabung modal yang dapat mereka gunakan tanpa dibebani kadar faedah tinggi.

Selain itu, penguasaan rakyat dalam bahasa Inggeris juga harus dipergiatk­an untuk memperluas pembabitan mereka dalam e-dagang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia