Utusan Borneo (Sarawak)

SJK(C) Taman Rajang juara kutipan barang kitar semula

-

SIBU: Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Taman Rajang diumumkan johan Pertanding­an Kutipan Barangan Kitar Semula Peringkat Sekolah Rendah 2017 anjuran Majliss Perbandara­n Sibu (MPS).

Dengan jumlah kutipan sebanyak 18,416.32 kilogram barangan kitar semula, SJK(C) Tama Rajang memenangi hadiah wang tunai RM1,000.

Tempat kedua pula dimenangi SJK(C) Thian Chin dan Sekolah Kebangsaan ( SK) St Rita memenangi tempat kedua.

Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM750 dan RM500.

Pertanding­an kutipan barangan kitar semula itu melibatkan penyertaan 14 sekolah rendah di Sibu. Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan Timbalan Pengerusi MPS Rogayah Ja- main pada majlis penutupan rasmi sempena sambutan Hari Cintai Bumi di Wisma Sanyan di sini, kelmarin. Hadir sama Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Salemah Chali dan pengerusi pengelola Kempen Hari Cintai Bumi 2018 Kaunselor Albert Tiang.

Dalam ucapannya Rogayah berkata, MPS melancarka­n semula kempen ‘ Katakan Tidak Kepada Plastik’ pada 1 Januari lepas.

“Usaha ini mendapat sokongan dan kerjasama kira-kira 20 pasar raya, pusat beli-belah dan kedai runcit.

“Tujuannya untuk mempromosi­kan kegunaan beg kitar semula dan menggantik­an beg plastik kepada beg biodegrada­si.

“MPS masih memantau perkembang­an kempen tersebut,” jelasnya.

Rogayah berkata, MPS te- lah memperkena­lkan pelbagai aktiviti dan kempen untuk Hari Cintai Bumi seperti Earth Hour, program membuat baja kompos, kempen kitar semula, kempen tidak membuang sampah meratarata dan kempen katakan tidak kepada plastik setiap hari Sabtu dan Isnin pada 2009.

Sementara itu, beliau turut berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kempen Hari Cintai Bumi anjuran MPS yang bermula pada 2008.

“Kempen ini sentiasa mendapat sokongan masyarakat Sibu, pertubuhan bukan kerajaan ( NGO), sekolahsek­olah, agensi dan jabatan kerajaan, sektor perniagaan yang terlibat dalam aktiviti pameran dan demonstras­i,” ujarnya.

 ??  ?? BANTU RAKYAT: Eric (kanan) dan calon berpotensi Kho (depan, empat kiri) bergambar selepas Majlis Pelancaran Program Jualan Sentuhan Rakyat di Kuching kelmarin.
BANTU RAKYAT: Eric (kanan) dan calon berpotensi Kho (depan, empat kiri) bergambar selepas Majlis Pelancaran Program Jualan Sentuhan Rakyat di Kuching kelmarin.
 ??  ?? SOKONG KITAR SEMULA: Rogayah (empat kiri) menyampaik­an hadiah dan sijil kepada guru SJK(C) Taman Rajang sambil disaksikan Salemah (tiga kiri), Albert (lima kiri) serta yang lain.
SOKONG KITAR SEMULA: Rogayah (empat kiri) menyampaik­an hadiah dan sijil kepada guru SJK(C) Taman Rajang sambil disaksikan Salemah (tiga kiri), Albert (lima kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia