Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar malam di Miri dibuka mulai 4 Mei

-

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan membuka pasar ‘Night Street Market’ bermula 4 Mei depan dengan operasi berniaga bermula jam 5 petang hingga jam 11 malam.

Lokasi pasar malam ini terletak di bahagian Jalan Brooke Road, di antara Pasar Pusat Miri dan Pasar Perpaduan, justeru laluan trafik akan ditutup sepanjang tempoh pasar tersebut beroperasi.

“Kami akan mengadakan majlis untuk menandakan pembukaan semula pasar malam ini kelak.

“Pasar malam ini pernah ditubuhkan pada akhir 1970an di lokasi yang sama dan kami mahu menghidupk­an semula populariti­nya sekitar 70-an itu,” kata Datuk Bandar Adam Yii kepada pemberita di sini.

Tambahnya, hasrat Majlis untuk menghidupk­an semula pasar malam ini adalah untuk menyediaka­n lokasi berpusat bagi peniaga menjalanka­n penjualan trak makanan, di samping jualan lambak, makanan ringan berskala kecil, perniagaan makanan dan minuman yang dimasak, penjualan hasil taman, kraf tangan dan cenderamat­a.

“Kami tambah beberapa lagi kategori seperti jualan lambak dan pembukaan trak makanan berdasarka­n permintaan yang diterima sebelum ini.

“Barang-barang yang dijual pada ‘Street Night Market’ ini kelak akan jauh berbeza dengan jenis pasar malam konvension­al sebelum ini, malah ia telah menarik perhatian ramai peniaga muda untuk mendaftar dan menjual barangan mereka.

“Gaya peniaga generasi muda ini pastinya membawa pembaharua­n dalam konsep pasar malam itu sendiri,” tambah beliau.

Pasar malam di sini yang dijenamaka­n semula dengan nama ‘Night Street Market’ ini diterima baik penduduk setempat dan pelawat, seterusnya akan menjadi salah satu tarikan pelancong tempatan.

“Kedua, penubuhan ‘Night Street Market’ ini adalah salah satu program Majlis di bawah kalendar promosi Tahun Melawat Miri 2018,” tambahnya.

Adam memberitah­u, setakat ini, 58 peniaga telah berdaftar dengan MBM untuk berniaga di pasar malam tersebut, dengan masa operasi setiap Jumaat dan Sabtu.

“Untuk menggalakk­an peniaga mendaftar dengan pihak majlis bagi menyertai pasar malam berkenaan, majlis akan mengetepik­an bayaran yuran permit bagi tiga bulan pertama iaitu Mei, Jun dan Julai,” katanya.

Kini hanya beberapa gerai masih tinggal untuk permohonan dan bagi mereka yang berminat, sila hubungi Seksyen Kesihatan Awam MBM untuk pendaftara­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia