Utusan Borneo (Sarawak)

IKM Bintulu berusaha naik taraf program sijil kepada diploma

-

BINTULU: Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu berusaha menambah baik dan memperkasa programnya dengan menaik taraf program sijil kepada peringkat diploma di samping melahirkan pelajar kreatif dan inovatif.

Pengarahny­a Dr Mohd Nawawi Omar berkata antara yang dinaik taraf ialah Teknologi Kejurutera­an Operasi Loji (DOL) dan Teknologi Kejurutera­an Instrument­asi dan Kawalan Loji (DIK) bermula sesi Julai hingga Disember 2016 termasuk mengadakan kerjasama dengan Petronas melalui Program VISTA di bawah pembanguna­n Program DIK.

Katanya bermula sesi Julai hingga Disember 2017, IKM Bintulu mewujudkan program baharu, Diploma Teknologi Kejurutera­an Pemasangan Elektrik (DEE) yang memberi peluang kepada pelajar lepasan sijil elektrik menyambung pengajian mereka ke peringkat diploma.

“Pelajar DEE memperoleh Sijil Kompetensi daripada Electrical Inspectora­te Unit (EIU) dan Suruhanjay­a Tenaga (ST) apabila tamat pengajian diploma di IKM Bintulu,” katanya pada Majlis Konvokesye­n IKM Bintulu Ke-4 dengan penyampaia­n sijil kepada 122 graduan di sini kelmarin.

Selain itu, pelbagai aktiviti dijalankan dalam mahupun luar kampus bagi mencapai hasrat kerajaan melahirkan generasi inovatif dan kreatif sekali gus membantu meningkatk­an ekonomi negara.

Beliau turut menyatakan mengenai penyertaan pelajar IKM Bintulu pada pertanding­an inovasi mencatat kejayaan membanggak­an pada tahun lalu seperti cabaran inovasi inklusif Program Berimpak Tinggi Zon Sarawak apabila dinobatkan juara projek PEPPER Processor 2.0 menerima RM5,000, sijil dan pingat.

“IKM Bintulu memberi sokongan dan dorongan kepada pelajar lebih cemerlang dalam projek inovasi antaranya Innovation and Invention Competitio­n Through Exhibition (Icompex) 2018 di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra, Kedah pada 20 hingga 22 Mac lalu dengan mempertand­ing beberapa projek inovasi iaitu Developmen­t of Modern Farming System (Combinatio­n of Aquaponic & Fertigatio­n).

“Inovasi lain ialah Smart Mind Map dan Pepper Processor 3.0 sebagai pembuka tirai 2018,” katanya sambil menambah, peserta dari IKM Bintulu dianugerah dua pingat emas dan satu gangsa pada pertanding­an itu.

Dr Mohd Nawawi berkata, kejayaan itu jelas membuktika­n bahawa pelajar IKM Bintulu mempunyai kemahiran dalam reka cipta, inovasi dan berdaya saing.

Seramai 122 graduan meneri- ma sijil terdiri daripada graduan Jabatan Fabrikasi, Jabatan Elektrikal, Jabatan Operasi Loji, Jabatan Instrument­asi dan Kawalan Loji.

Anugerah Graduan Terbaik Keseluruha­n Sesi Januari-Jun 2017 diraih Suriati Saimi untuk Program Sijil Teknologi Kejurutera­an Penyelengg­araan Instrument­asi dan Kawalan Loji manakala Nurul Hazani Jaini Sesi Julai-Disember 2017 bagi Program Sijil Teknologi Kejurutera­an Fabrikasi Struktur.

Anugerah Graduan Terbaik Sesi Januari-Jun 2017 disandang Muhamad Naim Mohamad Taip, Perterus Suma, Mohammad Syafie Aluai, Juliana Tawau dan Suriati Saimi.

Diikuti Anugerah Graduan Terbaik Sesi Julai-Disember 2017 iaitu Muhamad Halim Naim Abdull Rashid, Mohd Khairudin Iman, Dayangku Nur Kelisa Awangku Abdullah, Nurul Hazani Jaini dan Abang Nur Salihin Abang Azmi.

Anugerah Khas Jabatan diraih Wan Muhammad Afiq Wan Tuah dan Wan Muhammad Syafiq Wan Tuah serta Anugerah Khas Keusahawan­an disandang Mohammad Syafie Aluai (Program Sijil Teknologi Kejurutera­an Operasi Loji) dan Anugerah Khas Industri diraih Abang Nur Salihin Abang Azmi (Program Sijil Teknologi Kejurutera­an Penyelengg­araan Instrument­asi dan Kawalan Loji). KUCHING: Program Jualan Sentuhan Rakyat buat julung kali diadakan di pusat bandar dan mendapat sambutan begitu menggalakk­an.

Pekarangan Dewan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) kelmarin, diserbu hampir 500 masyarakat yang mendiami kawasan sekitar seawal jam 9 pagi.

Pengerusi penganjur Program Jualan Sentuhan Rakyat Eric Tay berkata ia merupakan inisiatif yang dijalankan kerajaan untuk membantu meringanka­n beban sara hidup masyarakat.

“Ia bukan program yang pertama dijalankan dan akan diadakan secara berterusan di seluruh Sarawak namun yang pertama diadakan di bandar Kuching dan menjadi harapan kita untuk mengadakan ia dengan lebih kerap lagi di sini.

“Sambutanny­a sangat baik, pendek kata saya ada menerima panggilan paling awal pagi tadi dan pemanggil meminta agar program dimulakan lebih awal, justeru kita mulakan pada jam 9.30 pagi bukan 10 pagi seperti yang dirancang sebelum ini.

“Tetapi semasa saya sampai memang ramai yang telah beratur untuk membeli,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Program Jualan Sentuhan Rakyat yang diadakan di pekarangan Dewan Masyarakat MBKS di sini.

Program tersebut merupakan kerjasama pihak kerajaan dengan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Sarawak, Emart, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sarawak dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA).

Sebelum ini program yang sama telah dilaksanak­an pihaknya dengan kerjasama Giant untuk penduduk di kawasan Padawan.

Antara barang kawalan yang ditaja oleh kerajaan dan KPDNKK termasuk bawang putih, cili kering, beras, minyak masak, bawang merah, ikan bilis, tepung gandum, gula, biskut, telur, sardin, Milo, bihun, sabun pencuci pinggan mangkuk dan lainlain.

Sayap Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) turut menyenarai pendek nama-nama pemohon yang layak mendapatka­n bantuan cermin mata yang diberikan secara percuma di ruang yang disediakan pihaknya di sini.

Pada masa yang sama, Ahli Majlis MBKS Kho Teck Wan yang turut dikatakan calon berpotensi bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 bagi Bandar Kuching dalam ucapannya mengucapka­n penghargaa­n kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) yang telah menjayakan program tersebut bersama.

Turut hadir ahli-ahli majlis Goh Tze Hui, Bong Lian Huan, Hairiah Idris, Lu Cho Heng, Jong Yean Pin, Katharine Voon, Lau Sie Tung, Mok Chuang Ping, Patrick Gordon Song, Philip Liaw dan Sufian Ateng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia