Utusan Borneo (Sarawak)

Mohd Rafizi dan Chan tarik balik rayuan mengenai komen yang adil

-

PUTRAJAYA: Naib presiden PKR Mohd Rafizi Ramli dan pemilik portal berita dalam talian semalam menarik balik rayuan pembelaan mereka bagi komen yang adil dalam saman fitnah difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Panel l i ma Hakim Mahkamah Persekutua­n yang dipengerus­ikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membatalka­n rayuan berkenaan selepas peguam bela Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Mohd Rafizi dan Chan Chee Keong memaklumka­n anak guamnya menarik balik rayuan itu.

“Kami ( peguam Mohd Rafizi dan Chan dan Najib dan Rosmah) juga bersetuju dengan kos RM10,000 bagi kedua- dua rayuan,” kata Razlan di hadapan panel hakim yang terdiri daripada Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutua­n Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Azahar Mohamed dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Pada 20 Jun, 2017, Mahkamah Persekutua­n membenarka­n Mohd Rafizi dan Chan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan membatalka­n pembelaan mereka bagi komen yang adil dan hari ini panel hakim dijadual mendengar rayuan itu.

Najib dan Rosmah yang diwakili Datuk Mohd Hafarizam Harun telah memfailkan saman terhadap Mohd Rafizi atas dakwaan memberi ucapan berbaur fitnah terhadap mereka dalam satu forum berkaitan subsidi minyak di Bandar Tun Razak pada 22 Nov, 2014.

Najib dan Rosmah mendakwa ucapan Mohd Rafizi direkdokan oleh Media Rakyat dan dimuat naik oleh Chan atau penolongny­a melalui You Tube dan portal Media Rakyat.

Mereka mendakwa Chan berkongsi rakaman itu di dalam akaun Facebook Media Rakyat yang boleh diakses secara bebas oleh pengguna internet di seluruh dunia.

Pasangan itu menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, faedah dan kos.

Najib dan isterinya telah berusaha untuk membatalka­n pembelaan bagi komen yang adil yang dinyatakan oleh Mohd Rafizi dan Chan dalam pernyataan pembelaan mereka atas alasan katakata yang dipertikai­kan itu adalah ‘pernyataan tentang fakta dan bukan pernyataan komen’.

Mereka gagal dalam usaha mereka di Mahkamah Tinggi, yang mendorong mereka merayu kepada Mahkamah Rayuan yang kemudianny­a membuat keputusan yang memihak kepada mereka dan membatalka­n pembelaan bagi komen yang adil oleh Mohd Rafizi dan Chan pada 29 Nov, 2016.

Di luar mahkamah, ketika ditanya tentang kenapa anak guamnya mahu menarik balik rayuan, Razlan berkata Mohd Rafizi akan mengeluark­an kenyataan mengenai perkara itu.

Beliau berkata kes itu akan dibicaraka­n di Mahkamah Tinggi. Bagaimanap­un, tarikh masih belum ditetapkan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia