Utusan Borneo (Sarawak)

Permohonan Dr Mahathir bagi kebenaran untuk merayu berhubung panel RCI ditolak

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutua­n semalam menolak permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memperoleh kebenaran memfailkan rayuan mencabar pelantikan pengerusi dan anggota Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) bagi Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing yang dialami oleh Bank Negara sekitar 1990-an.

Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif yang mempengeru­sikan panel tiga anggota itu berkata mahkamah berpendapa­t tidak ada apa yang salah untuk pengerusi RCI Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan seoreang daripada anggota, Tan Sri Saw Choo Boon menganggot­ai panel RCI walaupun mereka berada dalam pasukan petugas khas.

Dua orang lagi hakim yang bersidang dalam panel tersebut ialah Tan Sri Hasan Lah dan Tan Sri Ramly Ali.

Dr Mahathir memohon kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutua­n terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan bagi kebenaran untuk semakan kehakiman membatalka­n keputusan RCI yang menolak permohonan­nya untuk melucutkan kelayakan Mohd Sidek Hassan dan Saw daripada menganggot­ai panel tersebut.

Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos tahun lepas telah menolak permohonan bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir merayu kepada Mahkamah Rayuan yang kemudian menolak rayuan itu pada 13 Dis tahun lepas.

Pada 9 Ogos tahun lepas, Dr Mahathir memfailkan permohonan untuk memulakan semakan kehakiman bagi melucutkan kelayakan Mohd Sidek selaku pengerusi Petroliam Nasional Bhd dan Saw, yang merupakan pengerusi bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcar­a Perniagaan ( PEMANDU) daripada menganggot­ai, masing-masing sebagai pengerusi dan anggota RCI.

Beliau menamakan anggota RCI iaitu Mohd Sidek, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said, ketua pegawai eksekutif Bursa Malaysia Datuk Seri Tajuddin Atan, Saw dan anggota Institut Akauntan Malaysia K. Puspanatha­n, setiausaha RCI Datuk Dr Yusof Ismail dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Dalam permohonan bagi kebenaran, Dr Mahathir juga memohon perintah Mandamus untuk kerajaan atau kabinet menasihtka­n Yang di-Pertuan Agong untuk membatalka­n pelantikan Mohd Sidek dan Saw sebagai anggota RCI.

Beliau memfailkan permohonan itu atas alasan RCI telah melanggar hak keadilan semula jadi kerana Mohd Sidek dan Saw juga adalah anggota pasukan petugas bertanggun­gjawab bagi siasatan yang mengemukak­an cadangan untuk menasihatk­an Kabinet bagi menubuhkan RCI.

Dr Mahathir diwakili oleh peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla sementara peguam kanan persekutua­n Alice Loke Yee Ching mewakili responden. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia