Utusan Borneo (Sarawak)

18 lelaki didakwa anggotai kumpulan jenayah terancang ‘Geng 08’

-

KUALA LUMPUR: Seramai 18 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam atas pertuduhan menganggot­ai kumpulan jenayah terancang ‘Geng 08’ yang dipercayai aktif melakukan jenayah serius termasuk bunuh dan samun di sekitar ibu negara sejak tiga tahun lepas.

Mereka ialah R.Nagarajan, R. Ganesh, K. Ron Raniel, K.Baramuruli, V. Anith Kumar, P. Sharveswar­an, R. Alagendran Pillai, S. Kanagadran, M. Satish Varman, S. Shashi Kumar, G. Thiagu, S. Pandian, C. Navin Naidu, M. Neriendran, V. Shasi Kumar, B. Seleveraj, M. Parwin dan L. Pravin Kumar, yang berusia antara 19 dan 38 tahun.

Mereka dituduh menganggot­ai kumpulan jenayah terancang Geng 08 di sini antara 1 Jan 2015 dan 8 April tahun ini mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang mem- peruntuk hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin, kesemua tertuduh mengangguk sebagai tanda faham.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka juga tidak dibenar- kan diikat jamin kerana ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang tidak boleh dijamin.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadzlan Mohd Noor manakala 11 daripada 18 tertuduh diwakili peguam Najib Zakaria, K.Komagan, Yeoh Siang Thing, Harpal Singh, M. Yoshini, K.Muralidhar­an dan S. Narasimhan dan selebihnya tidak diwakili peguam.

Terdahulu, suasana di luar dan dalam bilik bicara mahkamah dikawal ketat oleh sepasukan anggota Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman yang lengkap memakai topeng dan meletakkan pita kuning polis bagi mengawal keselamata­n selain beberapa anggota keluarga setiap tertuduh dibenarkan masuk ke dalam mahkamah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia