Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tahan suami isteri, rampas dadah RM1.55 juta di Kuantan

-

KUANTAN: Polis Pahang berjaya menumpaska­n cubaan pengedaran dadah terbesar di negeri ini berikutan kejayaan merampas dadah bernilai RM1.55 juta selepas menahan sepasang suami isteri di Tanjung Lumpur di sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab. Rahman berkata pasangan suami isteri itu, yang berumur 31 dan 30 tahun dari Terengganu, ditahan di rumah sewa mereka pada jam 10.05 pagi.

“Setelah menerima maklumat, polis menyerbu kediaman pasangan berkenaan dan menemukan empat bungkusan plastik yang disyaki dadah jenis syabu seberat 4.15kg dan tujuh balutan mampat yang mengandung­i 36,000 biji pil kuda yang dianggarka­n seberat 4.08kg.

“Keseluruha­n rampasan itu dianggar bernilai RM1.55 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pahang di sini, semalam.

Beliau berkata polis turut merampas selaras senapang angin berbinokul­ar yang dipercayai dibeli oleh suspek dari dalam talian yang bernilai RM1,100, sebuah kereta pacuan empat roda jenis Triton, sebuah kereta jenis Suzuki Swift dan sebuah motosikal Yamaha.

Selain itu, polis turut merampas barang kemas, wang tunai berjumlah RM6,707 dan sebuah komputer riba yang kesemuanya bernilai RM211,287.

Rosli berkata siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mula ‘berjinak-jinak’ menjadi pengedar dadah di sekitar Kuantan dan Kemaman.

“Ujian air kencing men- dapati kedua-kedua suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau,”katanya.

Rosli berkata pihak polis akan membuat siasatan lanjut bagi mengenal pasti sumber bekalan yang diperoleh suspek dan rangkaian pengedaran yang terlibat.

Kedua- dua suspek kini ditahan reman selama enam hari sehingga 26 April depan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati bagi pemilikan dadah dan dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya bagi pemilikan senjata api. — Bernama

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Ketua Polis Negara

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata lakaran wajah itu dihasilkan berdasarka­n keterangan saksi pada hari kejadian.

“Berdasarka­n lakaran imej, seorang daripada suspek berkulit cerah yang dipercayai dari negara Timur Tengah atau Eropah.

“Kedua-dua suspek berjambang, mempunyai ketinggian kira-kira 180 sentimeter serta berbadan tegap,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan PDRM dan Penganuger­ahan Pingat Jasa Pahlawan Negara, di sini semalam.

Beliau berkata polis turut mengeluark­an dua lakaran gresen bagi menjalanka­n siasatan menyeluruh selain usaha mengesan kedua-dua suspek yang berpakaian jaket warna gelap dan bertopi keledar gelap pada hari kejadian.

Selain itu, Mohamad Fuzi berkata hasil bedah siasat pakar perubatan kelmarin mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan kecederaan akibat tembakan.

“Siasatan forensik juga mengesan 14 kesan peluru pada kepala dan badan mangsa. Kami akan menghantar semua peluru dan kelongsong peluru yang ditemui kepada pakar untuk dianalisis bagi mengenal pasti jenis senjata yang digunakan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan memanggil adik lelaki kepada Dr Fadi iaitu Dr Rami Al Batsh yang baharu tiba dari Jerman kelmarin bagi membantu siasatan sekiranya perlu.

Ditanya sama ada mangsa pernah menerima ugutan sebelum ini, Mohamad Fuzi berkata ia masih dalam siasatan dan setakat ini anggota keluarga mangsa sedang dalam kawalan polis.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian antara jam 5 pagi sehingga 7 pagi Sabtu lepas diminta tampil membantu siasatan bagi mengesan suspek, katanya.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai keduadua suspek diminta menghubung­i pegawai penyiasat ASP Shahrizal Saleh di talian 017-7134705 atau Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Wangsa Maju ASP Khairil Idzwan Ahmad di talian 019-3592582.

Dr Fadi, seorang pensyarah kejurutera­an elektrik di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di sini, ditembak mati di luar kondominiu­m Idaman Puteri di Setapak semasa berjalan menuju ke Surau Medan Idaman untuk mengimami solat subuh pada lebih kurang jam 6 pagi.

Dua lelaki bermotosik­al dikatakan menunggu mangsa sebelum melepaskan lebih 10 das tembakan ke arah mangsa berusia 35 tahun itu.

Terdahulu Mohamad Fuzi memakaikan pangkat kepada 18 pegawai kanan PDRM yang dinaikkan pangkat dan memakaikan anugerah Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada 101 pegawainya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia