Utusan Borneo (Sarawak)

Transforma­si Bahasa Inggeris akan terus dilaksana

-

NILAI: Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus melaksanak­an transforma­si pendidikan Bahasa Inggeris serta guru bagi memastikan pelajar dapat menerima kualiti pendidikan yang berimpak tinggi.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata langkah itu ber- tujuan meningkatk­an lagi penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar agar mereka dapat bersaing di peringkat antarabang­sa.

“Guru merupakan faktor yang penting dalam sistem pendidikan dan warga pendidik perlulah mempersiap­kan diri dengan kemahiran terkini dalam pengajaran dan pembelajar­an kerana guru merupakan jentera pelaksana kepada segala inisiatif Bahasa Inggeris yang dirancang oleh KPM.

“Usaha mentransfo­rmasi pendidikan Bahasa Inggeris di Malaysia telah digariskan dengan jelas di dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2013- 2025 dan juga The English Roadmap 2015-2025,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Karnival Gerak Jangkau Bahasa Inggeris 2018 di Pusat Latihan Bahasa Inggeris (ELTC) di sini, semalam yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Profesiona­lisme Keguruan) Dr Zainal Aalam (ulang: Aalam) Hassan, Pengarah ELTC Dr G. Kalminderj­it Kaur dan Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Rosnarizah Abdul Halim.

Karnival dua hari itu ber- mula semalam disertai 223 murid prasekolah, sekolah rendah, menengah, guru pelatih serta guru Bahasa Inggeris dari daerah Jempol, Jelebu, Tampin dan Seremban.

Bertemakan ‘ Performanc­e Theatre in the English Language Classroom’, karnival itu memberi fokus kepada penggunaan persembaha­n teater sebagai satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajar­an Bahasa Inggeris dan sebagai alat untuk meningkatk­an keyakinan murid dalam penggunaan Bahasa Inggeris. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR?: Amin beramah mesra bersama pelajar-pelajar selepas Pelancaran Karnival Gerak Jangkau Bahasa Inggeris di Kompleks Pendidikan Nilai, Nilai semalam.
— Gambar Bernama APA KHABAR?: Amin beramah mesra bersama pelajar-pelajar selepas Pelancaran Karnival Gerak Jangkau Bahasa Inggeris di Kompleks Pendidikan Nilai, Nilai semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia