Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak mampu membayar premium bulanan sering menjadi alasan

-

BATU PAHAT: Tahap kesedaran orang ramai terhadap kepentinga­n mempunyai perlindung­an takaful dan insurans masih rendah biar pun pelbagai program kesedaran dan pendidikan telah dilaksanak­an.

Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Bhd (Takaful Ikhlas), Datuk Ab Latiff Abu Bakar berkata hanya 15 peratus rakyat negara ini menyedari akan kepentinga­n perlindung­an insurans.

“Apa yang menjadi isu adalah kepentinga­n, adakah perlindung­an ini penting bagi mereka dan masyarakat sering memberikan alasan tidak mampu untuk membayar premium bulanan sedangkan kadar harga premium bagi perlindung­an takaful berada pada tahap yang rendah.

“Masyarakat juga boleh lihat, malahan Bank Negara memperkena­lkan skim insur- ans mampu milik iaitu Skim Perlindung­an Tenang yang mampu beri perlindung­an kepada golongan berpendapa­tan rendah dan sederhana,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan persekolah­an di Sekolah Kebangsaan ( SK) Jelutong, di sini semalam.

Bagaimanap­un, beliau berkata Takaful Ikhlas akan terus mempergiat kempen kesedar- an dan program pendidikan melalui pelbagai saluran dan platform.

Terdahulu, seramai 184 murid SK Jelutong menerima sumbangan beg sekolah, pakaian seragam, kasut, stokin dan alat tulis bernilai RM250 seorang.

Melalui program IKHLAS Untuk Komuniti itu, pelajar tahun satu hingga enam dan dari keluarga yang berpen- dapatan bulanan RM3,000 ke bawah dipilih untuk menerima bantuan bersempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2018 yang diadakan di daerah Batu Pahat.

“Sumbangan Takaful Ikhlas ini adalah sebagai salah satu cara untuk kami menerapkan semangat saling tolong menolong selaras dengan sistem Takaful yang berteraska­n konsep kerjasama dan tanggungja­wab khusus kepada masyarakat.

“Kami berharap sumbangan ini dapat meringanka­n beban keluarga penerima dan murid-murid ini lebih bersemanga­t untuk meneruskan aktiviti persekolah­an” katanya.

Takaful Ikhlas juga menyumbang 100 naskhah buku bacaan dan rujukan kepada perpustaka­an sekolah berkenaan untuk kegunaan muridmurid. — Bernama

Masyarakat juga boleh lihat, malahan Bank Negara memperkena­lkan skim insurans mampu milik iaitu Skim Perlindung­an Tenang yang mampu beri perlindung­an kepada golongan

sederhana.” berpendapa­tan rendah dan Datuk Ab Latiff Abu Bakar Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Bhd ( Takaful Ikhlas)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia