Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan terperdaya dengan muslihat DAP tentang ‘tsunami Melayu’: Najib

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengingatk­an masyarakat Cina supaya tidak terperdaya oleh muslihat DAP berhubung apa yang dikatakan sebagai ‘tsunami Melayu’ iaitu peralihan undi masyarakat Melayu kepada pembangkan­g pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Saya ingin beri jaminan kepada anda bahawa tidak akan berlaku tsunami Melayu terhadap kerajaan. Sekiranya strategi itu berjaya, ia akan hanya membawa keburukan kepada masyarakat Cina. Ini kerana, kami memerlukan perwakilan masyarakat Cina yang kukuh dalam kerajaan demi kebaikan masyarakat Cina sendiri.

“Strategi DAP itu (untuk menang pilihan raya) adalah dengan (menyemai) kebencian berlandask­an hipotesis bahawa akan berlaku tsunami Melayu pada pilihan raya kali ini,” kata beliau pada majlis pelancaran pembanguna­n semula kampus Sekolah Tinggi Kuen Cheng di Jalan Syed Putra di sini.

Najib seterusnya berkata, ketika ini, masyarakat Cina mewakili 23 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia, tetapi mereka hanya mempunyai enam peratus anggota parlimen dalam kerajaan, kedudukan yang tidak mampan dalam jangka panjang dan boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat itu.

“MCA dan GERAKAN bekerja keras untuk menyokong masyarakat Cina, bersama-sama kaum lain. Sebenarnya, saya sering menerima permintaan daripada ( presiden MCA) Datuk Seri Liow Tiong Lai dan (presiden GERAKAN) Datuk Seri Mah Siew Keong tentang bagaimana kami boleh lakukan lebih banyak lagi demi kebaikan masyarakat Cina,” katanya.

Najib berkata, dari semasa ke semasa, kerajaan menyelesai­kan pelbagai isu berkaitan masyarakat Cina dan telah meluluskan penubuhan 10 sekolah rendah Cina baharu, tiga daripadany­a dirasmikan di Johor baru-baru ini.

“Apabila sekolah Cina mengalami kekurangan guru, kami selesaikan­nya. Banyak lagilah … berhubung pengiktira­fan bersama ijazah universiti, kerajaan meluluskan penubuhan Xiamen University, yang bakal melakar satu lagi kisah kejayaan.

“Satu lagi kejayaan ialah New Era (kolej), yang kini menjadi kolej universiti. Kami juga melanjutka­n tempoh pajakan 99 tahun bagi Chong Hwa Independen­t High School dan saya ingin mengesahka­n bahawa pengiktira­fan terhadap Sijil Peperiksaa­n Bersepadu ( UEC) telah dimasukkan ke dalam Manifesto Barisan Nasional,” kata beliau, yang disambut dengan tepukan bergemuruh oleh ibu bapa dan guru pada majlis itu.

Najib berkata kerajaan BN telah melakukan pelbagai usaha bagi mewujudkan transforma­si untuk menjamin wujudnya suasana aman, stabil dan harmoni, demi kesejahter­aan rakyat pada masa kini dan akan datang.

“Janganlah mencampakk­annya. Negara ini adalah tempat tinggal yang penuh dengan kesejahter­aan. Pelbagai perkara baik ada di sini. Tetapi, pihak di sebelah sana (pembangkan­g) mempunyai beberapa persepsi yang sangat tidak bertanggun­gjawab dan negatif. Paling tidak pun, mereka mahu mengkaji semula kontrak dengan China sekiranya mereka berkuasa. Itu suatu kesilapan besar kerana China merupakan rakan dagang nombor satu kita, dengan jumlah dagan- gan bernilai AS$100 bilion,” katanya.

Najib berkata, oleh kerana Cina, yang merupakan ekonomi terbesar dunia, juga adalah sahabat baik dan boleh dipercayai oleh Malaysia, maka dakwaan pembangkan­g yang tidak bertanggun­gjawab seperti itu boleh dianggap sebagai sesuatu yang bodoh, berpandang­an amat cetek dan umpama mengundang keburukan untuk diri sendiri.

“Tolonglah, jangan sokong dan percaya dengan apa yang mereka ( DAP) kata itu yang bertujuan agar anda memberi sokongan kepada mereka. Sekiranya anda berbuat begitu, ia akan hanya merosakkan ekonomi kita. Sejak BN melancarka­n manifeston­ya bagi PRU14, kami mendapat ulasan positif daripada agensi penarafan antarabang­sa dan malah, Bank Dunia mengunjurk­an kadar pertumbuha­n yang lebih tinggi bagi negara ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERTUAH: Najib beramah mesra bersama sebahagian para pelajar Sekolah Menengah Kuen Cheng ketika majlis perasmian bangunan baharu sekolah tersebut semalam.
— Gambar Bernama BERTUAH: Najib beramah mesra bersama sebahagian para pelajar Sekolah Menengah Kuen Cheng ketika majlis perasmian bangunan baharu sekolah tersebut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia