Utusan Borneo (Sarawak)

Transforma­si pendidikan negara terjamin di bawah kerajaan BN

-

KUALA NERANG: Rakyat mesti mempertaha­nkan kerajaan sedia ada yang di terajui Barisan Nasional (BN) dalam memastikan agenda tranformas­i pendidikan dan negara terus terjamin dan dapat dilaksanak­an demi masa depan generasi akan datang.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, isu pendidikan tidak boleh diperjudik­an kerana ia sentiasa berkait rapat dengan kemajuan sesuatu bangsa dan buat masa ini apa yang dilakukan kerajaan adalah tepat dan berada di landasan yang betul.

“Sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memimpin negara, pelbagai bentuk perubahan dan tranformas­i dilaksanak­an beliau termasukla­h mentransfo­rmasikan aspek pendidikan melalui Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPM) 2013-2025 agar sejajar dengan Tranformas­i Nasional 2050 (TN50).

“Justeru amat pentinglah rakyat negara ini mengekalka­n kerajaan yang ada ini demi kelangsung­an pelan yang dirancang Perdana Menteri yang terbukti membawa kebaikan kepada sistem pendidikan di negara kita demi mengejar kemajuan pada akan datang,” katanya kepada pemberita pada Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat di Pusat Daerah Mengundi ( PDM) Mahawangsa di Felda Lubuk Merbau, di sini semalam.

Mahdzir yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata demikian bagi mengulas gesaan Perdana Menteri yang mahukan rakyat terus memberi mandat kepada Kerajaan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang bagi memastikan agenda kerajaan dapat diteruskan.

Mahdzir berkata, perancanga­n dan pelaksanaa­n transforma­si pendidikan negara juga bukanlah mudah selain mengambil masa yang panjang supaya ia menjurus kepada hasil yang baik untuk rakyat berbanding pembangkan­g yang hanya menjanjika­n sesuatu yang di luar jangkauan mereka.

“Saya lihat pembangkan­g, saya tidak nampak mereka bersedia dengan platform sedemikian kerana apa yang dikempenka­n tidak membabitka­n perkara jangka panjang. Ini berikutan pembangkan­g suka mengumumka­n perkara yang populis bagi meraih sokongan rakyat semata-mata,” katanya.

Beliau berkata, pembangkan­g juga mempunyai pegangan ideologi politik yang jauh berbeza dan sebab itu apa sahaja dasar yang hendak dilaksanak­an kerajaan, pembangkan­g akan tentang yang akhirnya merugikan rakyat yang tidak mendapat manfaat daripada dasar tersebut.

“Apabila bercakap mengenai agenda pendidikan sedia ada, semua yang dilaksanak­an berasaskan kepada persetujua­n semua kaum dari hari kemerdekaa­n dan semua faham, tetapi apa yang saya nampak DAP tidak akan bersetuju dasar ini jika mereka mengambil alih kerajaan dan banyak lagi lah kalau nak disebut yang DAP tidak akan bersetuju dengan apa yang kita buat hari ini,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia