Utusan Borneo (Sarawak)

Peluang ‘bersemuka’ dengan bekas TPM menyemarak­kan semangat

-

JOHOR BAHRU: Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh Ismail Mohamed tidak gentar untuk menentang bekas mentornya yang kini Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin di kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ismail, 47, berkata keyakinann­ya berdasarka­n pada katakata azimat yang menjadi peganganny­a ‘pantang berundur sebelum berjuang’.

Menurutnya, peluang ‘bersemuka’ dengan bekas timbalan presiden UMNO dan penyandang kerusi Parlimen itu telah menyemarak­kan semangatny­a untuk bekerja keras demi kepentinga­n rakyat khususnya masyarakat Pagoh.

“Kita tahu selama ini semangat BN sememangny­a kuat di Parlimen Pagoh, alhamdulil­lah, saya diberi peluang untuk bertanding pada PRU14 ini. Pengharga- an itu akan saya zahirkan dengan usaha keras untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman Calon-Calon Barisan Nasional (BN) Johor di Ibu Pejabat Badan Perhubunga­n UMNO Johor, di sini semalam.

Ismail yang merupakan pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembanguna­n Usahawan negeri adalah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang (kini dikenali sebagai Bukit Kepong) dan bertukar bertanding di

Kita tahu selama ini semangat BN sememangny­a kuat di Parlimen Pagoh, alhamdulil­lah, saya diberi peluang untuk bertanding pada PRU14 ini. Penghargaa­n itu akan saya zahirkan dengan usaha keras untuk berkhidmat kepada rakyat.

kerusi Parlimen pada pilihan raya umum kali ini.

Pada PRU13, Muhyiddin ketika itu bertanding atas tiket Barisan Nasional dan UMNO, mengalahka­n calon PAS, Mohamad Rozali.

Sementara itu, Datuk Tan Cher Puk daripada MCA yang dicalonkan semula untuk bertanding kerusi DUN Johor Jaya berkata beliau yakin sokongan masyarakat di kawasan itu kini memihak kepada BN memandangk­an wakil rakyat pembangkan­g sebelum ini gagal melaksanak­an tanggungja­wab.

“Dalam lima tahun ini, rakyat nampak siapa yang masih bersama mereka setiap hari dan bagaimana pihak di sebelah sana terus hilang selepas pilihan raya dan kemudian muncul semula lepas lima tahun.

“Jadi, melihat kepada ini, saya yakin rakyat telah sedar dan akan menyokong semula BN pada PRU14,” katanya.

Pada PRU13, Tan kalah kepada calon DAP Liow Cai Tung. — Bernama

Ismail Mohamed Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh

 ?? — Gambar Bernama ?? TERPILIH: Mohamed Khaled (depan tengah) bergambar bersama calon-calon BN Negeri Johor bagi Pilihan Raya Umum ke-14 yang diumumkan oleh beliau di Ibu Pejabat Badan Perhubunga­n UMNO, Jalan Yahya Awal di Johor Bahru semalam.
— Gambar Bernama TERPILIH: Mohamed Khaled (depan tengah) bergambar bersama calon-calon BN Negeri Johor bagi Pilihan Raya Umum ke-14 yang diumumkan oleh beliau di Ibu Pejabat Badan Perhubunga­n UMNO, Jalan Yahya Awal di Johor Bahru semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia