Utusan Borneo (Sarawak)

MB Johor tanding kerusi Parlimen Pasir Gudang dan DUN Permas

-

JOHOR BAHRU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumka­n beliau akan bertanding di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ( DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pada majlis pengumuman calon-calon BN Johor bagi PRU14 di Ibu Pejabat Badan Perhubunga­n UMNO Johor, di sini semalam, Menteri Besar berkata beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Pasir Gudang dan mempertaha­nkan kerusi DUN Permas.

Mohamed Khaled pernah bertanding di kerusi Parlimen Pasir Gudang pada 2004 dan 2008 manakala DUN Permas pada 2013.

Beliau berkata pada PRU14, UMNO akan bertanding di 16 kerusi Parlimen dan 35 DUN, MCA (lapan Parlimen, 15 DUN), MIC (satu Parlimen, empat DUN) manakala GERAKAN (satu Parlimen, dua DUN).

“Daripada 20 kerusi Parlimen yang dimenangi oleh BN pada PRU13, seramai 15 penyandang dikekalkan, dua penyandang kerusi Parlimen Pasir Gudang dan Kota Tinggi tidak dicalonkan semula.

“Seorang calon bertukar ke DUN dari Parlimen Sekijang ke DUN Kemelah (Anuar Abd Manap), seorang penyandang kerusi Parlimen tidak mahu bertanding iaitu Parlimen Tebrau ( Datuk Khoo Soo Seang), seorang calon berpindah dari Parlimen Tenggara ke Kota Tinggi (Datuk Halimah Mohamed Sadique),” katanya.

Mohamed Khaled berkata daripada 37 kerusi DUN yang dimenangi pada PRU13, seramai 19 penyandang kekal bertanding manakala 13 penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) tidak dicalonkan semula.

Kesemua yang tidak dicalonkan semula membabitka­n penyandang DUN Buloh Kasap, Pemanis, Serom, Bukit Naning, Senggarang, Layang- Layang, Endau, Panti, Penawar, Larkin (Tanjong Puteri), Kempas, Kota Iskandar ( Nusajaya) dan Kukup.

Menurut Mohamed Khaled, tiga calon berpindah bertanding di Parlimen iaitu DUN Kemelah ke Parlimen Sekijang (Datuk Ayub Rahmat), DUN Pasir Raja ke Parlimen Tenggara (Datuk Seri Dr Adham Baba), DUN Bukit Kepong ke Parlimen Pagoh (Ismail Mohamed).

“Dua ADUN tidak menawarkan diri untuk bertanding iaitu DUN Parit Raja (Puan Sri Azizah Zakaria) dan DUN Johor Lama ( Asiah Md Ariff).

“Dua calon yang tewas pada PRU13 akan bertanding semula di kawasan yang ditandingi dahulu iaitu DUN Johor Jaya (Datuk Tan Cher Puk) dan DUN Bekok (Tan Chong),” katanya.

Mohamed Khaled berkata daripada 82 calon yang bertanding di Parlimen dan DUN, seramai sembilan daripadany­a merupakan calon wanita, dua orang daripada Pemuda manakala seorang daripada Puteri.

Sementara itu, antara muka baharu bagi kawasan Parlimen adalah Ketua Wanita UMNO Batu Pahat Haliza Abdullah yang akan bertanding di kerusi Parlimen Batu Pahat menggantik­an Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dan Pengerusi MCA Gelang Patah Datuk Jason Teoh Sew Hock di Parlimen Iskandar Puteri.

Bagi kerusi DUN, Ketua Pemuda Johor Hahasrin Hashim akan bertanding kerusi Panti, Ketua Wanita UMNO Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (Penawar), Ketua UMNO Gelang Patah Mohammad Khairi A.Malek (Kota Iskandar), Naib Puteri UMNO Johor Nor Rashidah Ramli (Parit Raja).

Antara 15 muka lama kekal bertanding mempertaha­nkan kawasan Parlimen masing-masing antaranya Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein (Sembrong), Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abdul Samad (Johor Bahru), Timbalan Pengerusi BN Johor Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m ( Segamat) dan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong (Ayer Hitam), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang).

Selain Mohd Puad yang tewas kepada PKR pada pilihan raya lepas, mereka yang digugurkan daripada senarai termasuk penyandang kerusi Parlimen Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, penyandang kerusi Parlimen Pasir Gudang yang juga Ketua Wanita UMNO Pasir Gudang Datuk Normala Abd Samad.

Pengerusi MCA Kluang yang juga bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Siew pula membuat penampilan semula apabila dipilih bertanding di kerusi Parlimen Kluang.

Gan menang bertanding di DUN Mengkibol pada PRU11, namun, kalah di DUN sama pada PRU12 dan tidak dipilih bertanding pada pilihan raya lepas.

Bagai sirih pulang ke gagang, bekas Setiausaha Parlimen Kementeria­n Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Adham Baba pula dipilih untuk bertanding semula di kerusi Parlimen Tenggara yang ditandingi beliau pada PRU11.

Pada PRU12 dan PRU13, Adham menang bertanding di DUN Pasir Raja. — Bernama MELAKA: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Idris Haron akan mempertaha­nkan kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sungai Udang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Idris ketika mengumumka­n senarai calon BN Melaka dalam satu majlis di Ayer Keroh di sini semalam turut mengumumka­n Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas Emieyati Samsuddin juga akan mempertaha­nkan kerusi Parlimen Masjid Tanah.

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam dicalon semula untuk Parlimen Hang Tuah Jaya, yang sebelum kajian semula persempada­nan kawasan pilihan raya adalah Parlimen Bukit Katil, dan pada PRU lepas beliau tewas dengan majoriti 5,447 undi di kawasan itu.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah bertukar kerusi daripada Parlimen Tangga Batu ke DUN Paya Rumput, manakala tempatnya akan digantikan Ketua Pemuda UMNO Melaka Datuk Zali Mat Yasin.

Pengerusi MCA Melaka Lim Ban Hong pula akan mempertaha­nkan DUN Klebang, manakala bekas Pengerusi MIC Melaka Datuk M.S Mahadevan tidak disenarai dan tempatnya di DUN Gadek digantikan Setiausaha MIC Melaka Datuk P. Panirchelv­am.

Melaka mempunyai 28 kawasan DUN serta enam kawasan Parlimen yang ditandingi keseluruha­nnya oleh BN pada PRU14 dan pada PRU13, BN menguasai 21 kawasan DUN dan empat kawasan Parlimen.

Pada majlis sama, Idris turut mengumumka­n Ketua MCA Bahagian Bukit Katil Datuk Koh Nai Kwang akan bertukar kerusi daripada Parlimen Alor Gajah ke DUN Machap Jaya, tempatnya di Parlimen itu akan digantikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Wong Nai Chee.

Wong adalah calon penampilan semula dan pada PRU11 sebelum ini menewaskan calon DAP, Kerk Kim Hock untuk kerusi Kota Melaka, namun Wong tewas kepada calon DAP Sim Tong Him pada PRU12.

Timbalan Pengerusi UMNO Melaka Datuk Seri Ahmad Hamzah akan mempertaha­nkan Parlimen Jasin buat penggal ketiga, manakala Parlimen Kota Melaka akan ditandingi Pengerusi Biro Profesiona­l Muda dan Pelajar Pemuda MCA Choo Wei Sern yang merupakan calon muka baharu.

Pengerusi GERAKAN Melaka, Datuk Chua Lian Chye dicalon semula untuk bertanding di DUN Pengkalan Batu yang sebelum kajian semula persempada­nan kawasan pilihan raya adalah DUN Bachang, manakala calon MCA Datuk Ng Choon Koon akan bertukar kerusi daripada DUN Bemban ke DUN Kesidang.

Idris berkata tiga penyandang DUN iaitu Datuk Lai Meng Chong ( Machap), Datuk Ab Rahman Karim (Pantai Kundor) dan Datuk Latiff Tamby Chik (Telok Mas) telah menyatakan hasrat untuk mengundur diri pada PRU kali ini.

Dua lagi penyandang DUN iaitu Datuk Seri Md Yunos Husin ( Ayer Molek) dan Datuk Sazali Muhd Din (Paya Rumput) digugurkan.

Idris berkata 12 calon muka baharu ditampilka­n BN pada kali ini antaranya Zali, Yunus Hitam (DUN Bukit Katil) dan Rahmad Mariman (DUN Ayer Molek); dan enam calon muda antaranya Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Abdul Razak Abdul Rahman yang akan bertanding di DUN Telok Mas.

Beliau berkata tiga calon wanita turut ditampilka­n yang kesemuanya mempertaha­nkan kawasan masingmasi­ng iaitu Mas Ermieyati, Datuk Latipah Omar (DUN Taboh Naning) dan Datuk Norpipah Abdol (DUN Rembia).

Pada PRU14 di Melaka, UMNO bakal bertanding di 18 kawasan DUN dan empat Parlimen; MCA bertanding di lapan DUN dan dua Parlimen; MIC di satu DUN; dan GERAKAN juga di satu DUN. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSEMANGA­T: Idris (tengah) bersama sebahagian calon BN bagi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen selepas pengumuman calon di Seri Bendahara, di Melaka semalam.
— Gambar Bernama BERSEMANGA­T: Idris (tengah) bersama sebahagian calon BN bagi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen selepas pengumuman calon di Seri Bendahara, di Melaka semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia