Barca hampiri kejuaraan liga selepas Atletico, Betis seri 0-0
MADRID, Sepanyol: Atletico Madrid membuat persediaan untuk perlawanan Liga Europa menentang Arsenal dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Real Betis dalam aksi La Liga Sepanyol, sekali gus menyebabkan Barcelona semakin menghampiri kejuaraan liga Ahad lepas.
Antoine Griezmann tidak diturunkan dalam kesebelasan utama oleh jurulatih Atletico, Diego Simeone dan kegagalan menjaringkan gol buat kali kedua dalam tempoh empat hari selepas tewas 0- 3 kepada Real Sociedad pada hari Khamis lalu.
Atletico kekal di tangga kedua tetapi dengan baki empat perlawanan, mereka kini ketinggalan 11 mata di belakang Barcelona, yang boleh mengesahkan kejuaraan liga jika menewaskan Deportivo La Coruna minggu ini.
Barcelona memenangi kejuaraan Copa del Rey di gelanggang milik Atletico, Wanda Metropolitano apabila membelasah Sevilla 5- 0 pada hari Sabtu tetapi tiada banyak drama di stadium yang sama sehari selepas itu.
Saul Niguez melihat rem- batannya terkena palang untuk Atletico dalam separuh masa kedua, tidak lama selepas Christian Tello juga melihat rembatannya terkena palang untuk Betis.
Griezmann akhirnya dimasukkan pada minit ke- 60 tetapi mereka tetap gagal memecah kebuntuan dan kini keputusan seri itu menyebabkan mereka kini hanya empat mata di hadapan Real Madrid, yang kurang satu perlawanan.
Atletico akan bertandang ke Arsenal untuk perlawanan separuh akhir pertama Liga Europa Khamis ini. — AFP