Utusan Borneo (Sarawak)

Menerusi sokongan berterusan Milo lebih ramai pemain futsal berbakat khasnya kalangan kanak-kanak dapat dilahirkan

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Seramai 35 kanakkanak berusia antara enam hingga 12 tahun melengkapk­an Klinik Juara Futsal Milo 2018 yang berlangsun­g di King Sport Centre Senadin di sini.

Salah seorang peserta, Muhammad Iskhandar Dzulkarnai­n, 12, berkata ia adalah peluang terbaik untuk mengasah bakatnya dalam sukan futsal.

Adiknya iaitu Muhammad Izzat ( 10 tahun) dan Muhammad Ikram (7 tahun) turut menyertai klinik itu kerana beranggapa­n ia peluang menggilapk­an bakat.

“Bukan hanya untuk menggilap bakat, klinik ini juga dapat menjalinka­n hubungan akrab kalangan peserta dan kami juga dapat kawan baharu,” katanya.

Sebanyak lapan sesi diadakan iaitu 31 Mac dan 1 April ( dua sesi), 7 dan 8 April ( dua sesi), 14 dan 15 April ( dua sesi) serta 21 dan 22 April ( dua sesi).

Antara jurulatih terlibat ialah Elizabeth Oyau, Paulia Weng, Mohd Nazrul Has- san, Alwi Bakar dan Fadillah Ibrahim.

Elizabeth berkata, objektif Milo menganjurk­an program sukan pada usia muda ini mencapai matlamatny­a dengan mencari dan mengasah bakat- bakat muda.

“Menerusi sokongan berterusan Milo tidak mustahil kita boleh mengasah atau melahirkan lebih ramai pemain futsal berbakat khasnya di kalangan kanak- kanak,” katanya.

Program itu adalah kesinambun­gan program tahun lalu yang juga mendapat sambutan menggalakk­an.

“Kanak- kanak berusia tujuh hingga 11 tahun ini diberi pendedahan teknik betul bermain futsal seperti kawalan bola, hantaran, strategi dan sebagainya,” jelasnya.

Majlis penyampaia­n sijil disampaika­n oleh Presiden Kelab Bola Sepak Permy Galaxy, Sepree Brahim dan Bendaharin­ya, Gibson David.

 ??  ?? JUARA: Pasukan Swan City menjuarai Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Parlimen Selangau.
JUARA: Pasukan Swan City menjuarai Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Parlimen Selangau.
 ??  ?? SELESAI: Kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun menamatkan Klinik Juara Futsal Milo berakhir kelmarin.
SELESAI: Kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun menamatkan Klinik Juara Futsal Milo berakhir kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia