Utusan Borneo (Sarawak)

Jom sertai kursus kejurulati­han bola sepak pada 28-29 April

-

MIRI: Unit Sukan dan Kokurikulu­m Kolej Vokasional (KV) menganjurk­an Program Kursus Pembanguna­n Kejurulati­han Bola Sepak pada 28 dan 29 April ini.

Ia adalah anjuran bersama Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri (PBM) dengan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam.

Ketua Unit Sukan dan Kokurikulu­m KV, Mohamad Hakimi Man berkata kursus dua hari itu mengenai ‘Aplikasi Sains Sukan Dalam Sukan Bola Sepak’.

Ia akan dikendalik­an Tim- balan Dekan Akademik, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Dr Raja Firhad Raja Azidin.

Raja Firhad pernah melonjakka­n prestasi bola sepak negara Laos ketika berkhidmat sebagai jurulatih kecergasan.

Ia diadakan untuk memberi ruang kepada semua jurulatih bola sepak tentang aplikasi sains sukan dalam bola sepak.

“Setelah mengendali­kan Kursus Lesen D dan Lesen C ternyata aspek sains sukan sangat relevan untuk dijadikan sebahagian daripada program yang kita kelolakan,” jelasnya.

Katanya, latihan lebih komprehens­if menggabung­kan aspek sains sukan, teknik dan taktik mampu melahirkan jurulatih berkualiti dan bermutu.

Beliau juga berterima kasih dengan Pengarah KV Miri, Choo Siak Lan, Presiden PBM, Mohamad Saif Jubaidi menyokong usaha tersebut.

Sementara itu, kursus tersebut terbuka kepada bakal-bakal jurulatih dengan yuran penyertaan sebanyak RM200 sahaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia