Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan Swan City muncul juara Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah

-

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David gagal melangkah ke suku akhir Ke - j o - hanan Skuasy Antarabang­sa El Gouna 2018 yang berlangsun­g di Mesir, awal pagi semalam setelah tewas kepada pemain India, Joshna Chinappa. Nicol yang berada di ranking kesembilan dunia, tewas kepada Joshna 11-8, 11-8, 11-8 dalam satu perlawanan straight set selama 32 minit pada pusingan kedua kejohanan itu. “Kecewa setelah tewas hari ini. Tahniah kepada @joshnachin­appa15 kerana persembaha­n yang baik,” kata Nicol dalam catatan pada Instagram rasminya @ nicoldsqua­sh. Sementara itu, Joshna dalam laman blog w w w . e l g o u - nasquashbl­og. com berkata beliau turun ke gelanggang tanpa perancanga­n tertentu untuk berhadapan dengan juara dunia lapan kali itu dan hanya mendapatka­n tidur malam dan makan yang cukup.

“Saya tahu saya berhadapan pusingan pertama yang sukar, kemudian berhadapan Nicol sebelum suku akhir. Jadi saya tiada tekanan dan saya hanya mahu bermain dengan bebas dan menikmatin­ya, Saya rasa saya bermain dengan baik, kebanyakan bola pukulan saya masuk tetapi saya hanya memikirkan satu mata pada satu masa.

Joshna akan berhadapan dengan pemain pilihan nombor empat kejohanan dari England, Laura Massaro yang menang mudah ke atas Joey Chan dari Hong Kong, 11-8, 11-4 dan 11-9, dalam perlawanan suku akhir. — Bernama SIBU: Pasukan Swan City muncul juara Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Parlimen Selangau selepas menundukka­n pasukan Langkau City dengan 3-0 pada perlawanan akhir kelmarin.

Tempat ketiga dimenangi bersama pasukan Kampung Love dan Kiki Vesco.

Kejuaraan itu membolehka­n Swan City membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,500 manakala Langkau City menerima hadiah wang tunai RM950.

Pasukan Kampung Love dan Kiki Vesco pula membawa pulang hadiah wang tunai RM450.

Selain penganjura­n pertanding­an bola sepak turut diadakan aktiviti sukaneka dibuka penyertaan kepada masyarakat setempat.

Program tersebut dianjurkan oleh Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Tamin merupakan acara tahunan mereka.

Aktiviti itu diadakan adalah bagi membolehka­n golongan belia di kawasan parlimen tersebut mengetenga­hkan bakat-bakat mereka.

Selain itu, program tersebut dianjurkan bagi mengeratka­n silaturahi­m kalangan penduduk setempat.

 ??  ?? NICOL
NICOL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia