Utusan Borneo (Sarawak)

Piala FAM 2018: Misi memburu mata penuh Kuching FA tercapai

-

KUCHING: Misi memburu mata penuh Kuching FA tercapai ketika menjinakka­n skuad MPKB-BRU-UBES FC dengan kemenangan 21 dalam saingan Kumpulan A kempen Piala FAM 2018 di Stadium Negeri, di sini petang kelmarin.

Meskipun ketinggala­n dengan gol awal pelawat, namun tidak mematahkan semangat m e l a w a n pemain-pemain untuk m e m b u r u jaringan penyamaan.

Pengendali­nya, Shahrizan Sahari berkata Kuching FA berjaya memperoleh­i kemenangan mutlak dengan tiga mata penting.

“Tidak dinafikan perlawanan agak mencemaska­n dan sengit, kita dikejutkan dengan gol awal pelawat pada minit keenam tetapi berjaya bangkit menyamakan kedudukan pada minit-16 hasil jaringan Ismail Bujang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Usaha keras semua pemain harus diberikan pujian kerana mempamerka­n semangat melawan berpasukan yang tinggi.

Ternyata ia membuahkan hasil apabila Kuching FA menambah koleksi jaringan menerusi Samsu Alam untuk mendahului pelawat 2-1 sebelum tamat babak pertama.

Dengan kejayaan itu sekali gus disifatkan sebagai penebus kekecewaan dua perlawanan sebelum ini. “Kita sudah lama tidak merasakan kemenangan, sebelum ini hanya seri (DBKL) dan kalah (dengan MOF). Kemenangan di tempat sendiri ini cukup bermakna, kita tidak mahu terus keciciran mata dalam saingan Kumpulan A,” jelasnya.

Shahrizan berkata, mentaliti bertahan pemain-pemain amat tinggi walaupun dikejutkan dengan gol awal pelawat tetapi pemain bijak menggunaka­n masa menyamakan kedudukan seterusnya menang dengan 2-1.

Kuching FA kini kembali mendominas­i Kumpulan A dengan 14 mata selepas memintas Selangor United yang tewas 1-2 kepada DBKL.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia