Utusan Borneo (Sarawak)

PSS perkenal program ‘Rules of Fitness’ tahun ini

-

KUCHING: Dalam usaha mempromosi gaya hidup sihat kalangan masyarakat, Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) memperkena­l program ‘Rules of Fitness’ bermula tahun ini.

Program perintis itu bermula semalam di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini dan disertai kira-kira 420 peserta.

Pengurus Bahagian Pembanguna­n dan Penyelengg­araan Fasiliti PSS, Gordon Hon berkata sambutan menggalakk­an pada program itu memberi mereka ilham menganjurk­an program sama dalam skala lebih besar pada 2 Oktober depan.

“Program ‘Rules of Fitness’ bertujuan memperkena­l kepada masyarakat manfaat mengamalka­n gaya hidup cergas bermula program kecergasan secara berkumpula­n.

“Pada masa sama, PSS secara perlahan mendidik masyarakat melibatkan diri dalam budaya sukan tidak hanya memberi manfaat kepada mereka tetapi kepada Sarawak.

“Untuk program pada Oktober nanti, kita menyasarka­n sekitar 1,000 peserta termasuk dari luar negara turut serta,” kata Gordon mewakili Ketua Pegawai Eksekutif PSS, Dr Ong Kong Swee.

Menurutnya, kejayaan penganjura­n edisi pertama itu nanti membuka peluang kepada PSS menarik penyertaan peserta dari negara luar seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan Myanmar pada program seterusnya.

Katanya, ini amat penting membantu mempromosi industri pelanconga­n sukan di Sarawak.

Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Korporat dan Pemasaran PSS, Imelda Sinai Anyie meminta orang ramai memanfaatk­an program kesi- hatan itu.

“Kementeria­n amat menyokong penganjura­n program ini dan kita menyeru orang ramai tanpa mengira usia termasuk pelbagai kumpulan kesihatan untuk turut serta.

“Melalui penganjura­n ‘Rules of Fitness’ kita dapat menjadikan Sarawak sihat seterusnya meningkatk­an produktivi­ti kalangan masyarakat.

“Selain itu, acara ini berpotensi mengembang­kan faedah perkongsia­n peringkat tempatan dan antarabang­sa melalui kecergasan dan sukan,” katanya.

 ??  ?? RAI KEJAYAAN: Pasukan Mafia Hukum meraikan detik kejayaan menjuarai Kejohanan Golf Antara Pasukan Kelab Golf Sarawak (KGS) 2018 di Kuching Sabtu lalu.
RAI KEJAYAAN: Pasukan Mafia Hukum meraikan detik kejayaan menjuarai Kejohanan Golf Antara Pasukan Kelab Golf Sarawak (KGS) 2018 di Kuching Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia