Utusan Borneo (Sarawak)

Dokumentar­i buat pencinta alam semula jadi di TV1

-

BAGI penggemar panorama di dalam gua, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyajikan sebuah dokumentar­i baharu bertajuk ‘Gadis Dan Gua’ bersiaran mulai 28 April ini, jam 11.00 malam di TV1.

Dokumentar­i 13 episod ini membawa penonton meneroka lokasi dan sejarah gua-gua terkenal yang terdapat di seluruh pelusuk tanah air yang menjadi tempat rekreasi dan juga kajian saintifik.

Bersama pengacara Natasha Charmaine dalam episod pengenalan meneroka Gua Gelap dan Gua Damai, Batu Caves, Selangor.

Di Gua Gelap, Natasha bersama dengan Cik Nurul Hidayah, Pengurus Gua Gelap. Menurut beliau Gua Gelap merupakan kawasan pemulihara­an. Terdapat lebih kurang dua ratus ribu kelawar yang hidup di sini.

Ramai pengkaji dari dalam dan luar negara datang ke gua ini untuk menjalanka­n kajian.

Faiz Azmi (pengiring gua gelap) menerangka­n gua batu kapur mengambil masa jutaan tahun untuk terbentuk. Terdapat tujuh ‘Chamber’ dalam Gua Gelap. ‘Chamber’ yang paling besar ialah ‘Great Chamber’ yang boleh memuatkan sebuah kapal terbang di dalamnya.

Di Gua Damai pula, Natasha bersama Ijam selaku pengurus gua itu.

Menurutnya banyak aktiviti sukan lasak disediakan di sini seperti ‘Wall Climbing’ dan ‘Jungle Tracking’. Untuk mengikuti program di sini, keselamata­n adalah diutamakan. Perlu berpakaian lengkap dan sesuai dengan aktiviti sukan yang akan disertai.

Episod seterusnya memaparkan keindahan panorama Gua Kelam, Perlis. Mengikut sejarah, Gua Kelam terjadi apabila ada aktiviti melombong bijih timah disekitar tahun 1829 dan 1830. Perlombong­an di bawah Banjaran Nakawan menyebabka­n berlaku ruang kosong di bawahnya dan apabila ditinggalk­an sekian lama maka terbentukl­ah sebuah gua yang dianggarka­n seluas 2,000 hektar.

Gua Kelam mendapat namanya kerana tiada cahaya yang menembusi ruang gua ini.

Antara aktiviti yang disediakan di Gua Kelam ialah seperti sukan lasak ‘Jungle Tracking’, ‘Rock Climbing’ dan sebagainya.

Terdapat sungai di bawah Gua Kelam. Di luar gua pula terdapat sebuah taman dinamakan ‘Secret Garden’ dan sebuah galeri yang mempamerka­n peralatan perlombong­an yang digunakan pada masa dahulu. Gua Kelam telah diwartakan sebagai Taman Negara Negeri Perlis pada tahun 2007.

Di Kedah, penonton dibawa ke Gua Kerbau dan Gua Batu Putih di Kampung Kodiang Lama.

Gua Kerbau mempunyai keluasan 5.33 hektar dan telah wujud selama 250 juta tahun. Asal Gua ini menjadi tempat tinggal orang-orang purba. Ianya terbukti dengan penemuan artifak di dalam gua berkenaan.

Mengikut sejarah, kawasan sekitar Gua Kerbau dijadikan tempat untuk ‘Laga Kerbau’. Kerbau yang tewas akan dimasukkan ke dalam gua. Terdapat satu bongkah batu yang menyerupai seekor kerbau di dalamnya. Di dalam Gua Kerbau juga terdapat satu lagi gua yang dikenali sebagai Gua Pelamin.

Menurut Ahmad (Ketua Kampung), Gua Batu Putih menjadi tempat penempatan orang-orang purba. Ianya terbukti dengan adanya kesankesan tulisan pra sejarah di dinding-dinding gua berkenaan. Tempoh masa sekitar 600 tahun yang lalu.

Gua Batu Putih juga menjadi tempat hidupan pelbagai binatang terutamany­a kelawar. Terdapat aktiviti mengambil tahi kelawar sebagai baja untuk tanaman.

Di kawasan sekitar Gua Batu Putih juga terdapat pokok-pokok yang boleh menjadi sumber rezeki masyarakat setempat. Contohnya pokok Sintok dan pokok Kesinai.

Seterusnya Natasha meneroka Gua Jepun yang terletak di kaki Gunung Baling, Kedah. Gua Jepun adalah gua batu kapur yang terletak lebih kurang satu kilometer dari Bandar Baling. Selain daripada Gua Jepun terdapat banyak gua-gua kecil di kaki Gunung Baling.

Gua Jepun digunakan oleh Tentera Jepun pada masa duhulu untuk menyimpan barangan berharga seperti emas dan senjata sebelum Jepun pulang selepas tewas dalam Perang Dunia Kedua.

Gua Jepun dipenuhi air sedalam tiga kaki. Pelawat terpaksa mengharung­i air untuk masuk ke dalam gua. Terdapat sebuah dataran dihadapan Gua Jepun yang dikenali sebagai Dataran Gua Jepun. Dari dataran ini juga dapat melihat Bandar Baling.

Masih lagi di Kedah, Natasha membawa penonton ke Gua Langsir dan Gua Kelawar di Kampung Kilim. Menurut Zamzuri, Renjer di LADA (Langkawi Developmen­t Authority), Gua Langsir terbentuk apabila Stalaktit dan Stalagmit bercantum menjadi sebuah tiang yang besar di hadapan pintu masuk gua seolaholah seperti langsir atau tirai yang menutupi pintu.

Manakala Gua Kelawar pula mendapat namanya kerana terdapat banyak kelawar di dalamnya iaitu tiga hingga empat jenis spesis kelawar.

Saksikan paparan menarik mengenai semua gua-gua ini hanya di saluran TV1.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia