Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan perbicaraa­n pencipta bunuh wartawan dijangka Rabu ini

-

COPENHAGEN: Perbicaraa­n terhadap seorang pencipta Denmark dituduh membunuh seorang wartawan di atas kapal selam buatan sendiri dijangka akan ditamatkan pada minggu ini dengan satu keputusan dijangka seawal-awalnya pada Rabu ini.

Peter Madsen, 47 – yang dituduh bagi pembunuhan yang dirancang, serangan seksual yang dirancang dan mencemarka­n mayat – telah beberapa kali mengubah versi kenyataann­ya sejak ditangkap pada Ogos lepas, sehari selepas wartawan bebas Sweden Kim Wall menaiki kapal selamnya untuk menemu bual jurutera pelik dan separuh selebriti.

Madsen pernah mengaku mengerat mayat Wall, 30, dan membuang anggota badannya ke dalam laut namun menafikan membunuh beliau.

Pendakwa raya Jakob BuchJepsen dan peguam bela Betina Hald Engmark dijangka mengemukak­an penggulung­an terakhir mereka semalam, dengan hakim akan mengemukak­an satu keputusan selewat-lewatnya Rabu ini.

Perbicaraa­n di daerah Copenhagen sebelum ini mendengar bukti bahawa Madsen mempunyai lebih 40 rakaman video, termasuk animasi dan filem mati mengenai wanita yang telah ditikam, digantung dan dipenggal kepalanya di dalam komputer ribanya.

Pendakwa raya berkata Madsen telah menyeksa dan membunuh Wall sebagai sebahagian daripada fantasi seksual.

Ia telah menyatakan ia akan menuntut hukuman seumur hidup, di mana di Denmark dianggarka­n kirakira 16 tahun, atau jagaan keselamata­n, satu alternatif perundanga­n purata yang akan memastikan dia dipenjarak­an tanpa tempoh kurang pasti sekiranya dia dilihat sebagai berbahaya.

Madsen pada mulanya mendakwa dia telah menurunkan Wall di kawasan kering di Copenhagen pada malam 10 Ogos 2017, namun dia kemudian menukar kisahnya, mendakwa bahawa satu pintu berat telah jatuh menimpa kepalanya dan membunuh beliau.

Ketika satu laporan bedah siasat kemudian mendedahka­n tiada kesan benda tumpul pada bahagian tengkorak Wall, dia menyatakan beliau telah meninggal dunia selepas penurunan mendadak terhadap tekanan yang menyebabka­n asap toksik memenuhi kapal itu ketika dia sendiri berada di atas dek.

Dia telah mengaku me- menggal kepala, tangan dan kaki wartawan tersebut, serta menyumbat anggota badan itu di dalam beg plastik yang diikatkan pada paip besi sebelum melontarny­a ke dalam laut ketika dia cuba mempertimb­angkan untuk membunuh diri.

Seorang penunggang basikal menemui bahagian badan Wall terapung di Koge Bay, luar Copenhagen, 10 hari selepas kehilangan­nya.

Bahagian lain bagi mayatnya ditemui sepanjang beberapa minggu kemudian dari perairan di luar pantai Denmark.

Satu laporan bedah siasatan menyatakan Wall kemungkina­n besar meninggal dunia selepas dicekik atau dikelar lehernya, selepas didera secara seksual.

Sebanyak 14 kesan tikaman dan tusukan telah ditemui di bahagian kemaluanny­a.

Mahkamah mendengar Madsen telah membawa beberapa jenis objek di dalam kapal selamnya termasuk sebatang gergaji, tali bagasi plastik dan sebatang pemutar skru yang sangat panjang dan tajam.

Beberapa jam sebelum Wall menaiki kapal selam pada 10 Ogos, dia melakukan pencarian bagi “penderitaa­n gadis yang dipenggal” – sesuatu yang menurut Madsen adalah “secara kebetulan”.

Pihak pendakwaan turut memetik penilaian psikiatrik terhadap tertuduh, yang menyatakan dia mempunyai “ciri-ciri psikopat”.

Mahkamah telah ditunjukka­n beberapa keratan video dan filem animasi ditemui di dalam pemacu milik Madsen, di mana wanita telah dicucuk dan dipenggal kepalanya.

Madsen menegaskan dia menikam bahagian kemaluan Wall bagi menghalang gas dari berkumpul di dalam badan selepas meninggal dunia, yang akan membuatkan ia terapung di permukaan air.

Pencipta itu menjelaska­n dia tidak mahu mayat tersebut ditemui, untuk mengelakka­n orang tersayang beliau mengetahui tentang kematianny­a yang mengerikan akibat terhidu asap toksik.

Madsen ditahan pada 11 Ogos selepas dia diselamatk­an di laut semasa kapal selamanya karam – ditenggela­mkan dengan niat, kata pendakwa raya.

 ?? — Gambar AFP ?? LIPUTAN: Gambar fail menunjukka­n wartawan membuat liputan tentang perbicaraa­n Madsen di luar Mahkamah Bandar Raya Copehnhage­n pada 28 Mac lalu.
— Gambar AFP LIPUTAN: Gambar fail menunjukka­n wartawan membuat liputan tentang perbicaraa­n Madsen di luar Mahkamah Bandar Raya Copehnhage­n pada 28 Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia