Utusan Borneo (Sarawak)

Pemaju hartanah didapati bersalah arah bunuh bekas rakan perniagaan

-

SYDNEY: Seorang jutawan pemaju hartanah didapati bersalah semalam kerana mengarahka­n pembunuhan bekas rakan perniagaan­nya, yang ditembak mati di depan anak lelakinya yang masih kecil di luar kediaman mereka di Sydney hampir satu dekad lepas.

Taikun hartanah kelahiran Scotland Michael McGurk, 45, ditembak di kepala oleh lelaki bersenjata ketika beliau keluar dari kereta Mercedesny­a di subbandar tepi pelabuhan Cremorne pada 2009.

Bekas rakannya Ron Medich ditangkap dan didakwa pada tahun berikutnya, dan mengaku tidak bersalah kerana mengarahka­n pembunuhan McGurk serta kemudian mengancam isterinya.

Medich, sekarang 70 tahun, dihadapkan dalam perbicaraa­n pada tahun lepas namun pihak juri gagal mencapai keputusan dalam kes berprofil tinggi itu.

Perbicaraa­n kedua dilakukan di Mahkamah Agung New South Wales pada Januari, dengan pihak juri mendapati dia bersalah bagi kedua-dua jenayah.

Medich telah diikat jamin dan ditahan selepas keputusan diumumkan, seorang pegawai mahkamah memberitah­u AFP, sambil menambah bahawa hukuman penjaranya akan ditentukan selepas satu perbicaraa­n kemudian.

Empat lelaki lain dipenjarak­an bagi peranan mereka dalam kejadian tembakan itu.

Pendakwa raya Sharon Harris memberitah­u mahkamah McGurk dan Medich telah terlibat dalam perkongsia­n hartanah dan kewangan bernilai beberapa juta dolar, namun berbalah pada awal 2009, lapor Australian Broadcasti­ng Corporatio­n. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia