Utusan Borneo (Sarawak)

Rejim Syria bedil daerah ditawan IS

Bunuh lima orang awam di Yarmuk, sebuah kem pelarian Palestin di hujung Damsyik

-

BEIRUT: Lima orang awam terbunuh dalam tempoh 24 jam dalam bedilan rejim ke atas sebuah daerah selatan di bandar utama Syria yang ditawan oleh kumpulan militan Daesh (IS), menurut sebuah badan pemerhati kelmarin.

Pasukan tentera Syria melancarka­n kempen pengeboman tegang terhadap Yarmuk, sebuah kem pelarian Palestin di hujung Damsyik, dan beberapa kawasan berhampira­n yang dikuasai oleh IS.

Seorang lelaki tua terbunuh kelmarin dalam kejadian bedilan terhadap Yarmuk, dan seorang lagi meninggal dunia selepas dia tercedera dalam pengeboman di sana pada hari sebelumnya, menurut Syrian Observator­y for Human Rights yang berpusat di Britain.

Seorang wanita, suaminya, dan anak-anak mereka terkorban dalam pembedilan di Yarmuk pada Sabtu lepas, tambahnya.

“Ini membawa kepada 11 orang awam yang terbunuh sejak pembedilan berlaku pada Khamis lepas,” kata ketua Observator­y, Rami Abdel Rahman.

Pengeboman dan pertempura­n berterusan sehingga kelmarin, kata Abdel Rahman, dengan serangan udara, artileri dan misil permukaan ke permukaan telah mengenai kawasan kediaman.

Chris Gunness, jurucakap agensi pelarian Palestin PBB ( UNRWA), menyatakan pengeboman telah memaksa sebahagian besar penduduk Yarmuk meninggalk­an rumah masing- masing dan menyebabka­n hospital terakhir di kawasan itu tidak lagi berfungsi.

“Sejak bermulanya pertempura­n pada empat hari lepas, kebanyakan daripada 6,000 orang awam di kem Yarmuk telah terpaksa meninggalk­an kawasan kejiranan Yalda,” katanya.

“Hospital terakhir yang berfungsi di dalam Yarmuk, Hospital Palestin, sekarang tidak mampu untuk beroperasi sepenuhnya,” ujar Gunness.

Beliau menyeru kepada semua pihak agar membenarka­n orang awam untuk pergi dengan selamat, bagi mereka yang sakit dan tercedera dapat dipindahka­n, dan untuk akses selamat bagi pekerja kemanusiaa­n mengedar makanan dan ubat-ubatan.

Yarmuk pernah menjadi sebuah daerah yang mempunyai ramai penduduk dan maju di ibu negara, namun ia dimusnahka­n oleh keganasan sejak konflik Syria meletus pada 2011.

Kerajaan Syria telah melaksanak­an satu pengepunga­n yang melumpuhka­n ke atasnya pada 2012, dan pertempura­n antara pemberonta­k dan pejuang jihad lawan telah membebanka­n penduduk.

Pada 2015, IS menawan kebanyakan kawasan Yarmuk, dan sejumlah kecil pemberonta­k lain dan pejuang jihad, termasuk daripada bekas kumpulan kecil AlQaeda, yang beroperasi di sana telah bersetuju untuk berundur hanya beberapa minggu lepas. Secara serentak, tentera Syria telah menamatkan kawasan terakhir pemberonta­k di Ghouta Timur, sebuah subbandar di Damsyik yang menjadi pangkalan utama pembangkan­g berhampira­n ibu negara.

Memperoleh­i semula Ghouta Timur telah membolehka­n rejim untuk menumpukan semula terhadap Yarmuk, namun pembedilan yang berterusan telah menimbulka­n kebimbanga­n di kalangan organisasi kemanusiaa­n.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? DIBEDIL: Gumpalan asap dilihat di daerah selatan ibu negara Syria, Damsyik, semasa tentera rejim membedil kumpulan militan IS di kem pelarian Palestin, Yarmuk, dan kawasan sekitarnya, pada lewat 19 April lalu.
— Gambar AFP DIBEDIL: Gumpalan asap dilihat di daerah selatan ibu negara Syria, Damsyik, semasa tentera rejim membedil kumpulan militan IS di kem pelarian Palestin, Yarmuk, dan kawasan sekitarnya, pada lewat 19 April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia