Utusan Borneo (Sarawak)

Misi MATRADE teroka pasaran India untuk tingkat eksport

-

NEW DELHI: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE), akan menganjurk­an misi perdaganga­n ke India bagi meneroka bidang baharu untuk meningkatk­an eksport.

Eksport Malaysia ke India meningkat 4.1 peratus kepada AS$8.04 bilion tahun lepas. Ini menjadikan India sebagai destinasi eksport kelapan terbesar negara.

Misi Pemecut Eksport Malaysia ( EAM) ke New Delhi akan berlangsun­g dari 13 hingga15 Nov, dengan tumpuan ke atas sektor seperti bahan binaan, makanan dan minuman, perabot, perkakasan rumah, produk teknologi hijau dan peluang francais.

“Objektif EAM adalah untuk mempromosi­kan produk dan perkhidmat­an ke India dengan menyediaka­n platform untuk syarikat Malaysia meneroka dan mengenal pasti peluang-peluang baharu perniagaan menerusi mesyuarat serta lawatan,” kata Mazlan Harun, Pesuruhjay­a Perdaganga­n Malaysia di Mumbai, kepada Bernama.

“Sektor ini dipilih bukan hanya berdasarka­n kepakaran Malaysia, malah disebabkan permintaan dan trend di India. Berikutan peningkata­n kelas menengah dan kuasa membeli dan pilihan ke atas produk import berkualiti, permintaan semakin meningkat dalam produk seperti makanan dan minuman serta perkakasan rumah,” katanya.

Beliau berkata syarikat Malaysia yang berminat untuk menyertai misi perdaganga­n itu boleh menghubung­i ibu pejabat MATRADE di Kuala Lumpur atau mendapatka­n maklumat lanjut mernerusi laman web syarikat itu.

Dagangan dua hala mendapat dorongan besar susulan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehens­if MalaysiaIn­dia (MICECA) dan Perjanjian Perdaganga­n Bebas ASEAN-India (AIFTA).

Dagangan Malaysia-India meningkat daripada $9 bilion pada 2010 kepada $14.3 bilion pada 2017.

Eksport utama Malaysia ke India termasuk produk elektrik dan elektronik, minyak sawit, petroleum mentah, produk logam dan bahan kimia.

Mazlan berkata syarikat Malaysia wajar memanfaatk­an perjanjian perdaganga­n bebas dengan India dan meningkatk­an kehadiran mereka dalam lebih banyak sektor.

“Duti kastam yang dikurangka­n bagi produk yang dilindungi di bawah FTA ini akan memberi kelebihan kepada produk Malaysia dari segi daya saing harga berbanding pesaing dari negara lain,” katanya.

Ledakan dalam aktiviti pembinaan juga telah mewujudkan permintaan ketara di India untuk bahan binaan, teknologi hijau dan perabot. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia