Utusan Borneo (Sarawak)

Melaka diiktiraf sebagai negeri sedia rumah paling mampu dimiliki dari segi harga

-

KUALA LUMPUR: Melaka diiktiraf sebagai negeri yang menyediaka­n rumah paling mampu dimiliki dari segi harga, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) untuk menambah baik kemudahan infrastruk­tur untuk rakyat di bawah program perumahan.

Misalnya, rumah mampu milik di Melaka hanya bernilai RM80,000, berbanding dengan satu daripada negerinege­ri di utara harganya sebanyak RM240,000.

Jika harganya RM120,000 di Melaka, rumah yang sama akan bernilai RM470,000 di negeri tersebut, manakala rumah yang berharga RM250,000 akan bernilai RM700,000, katanya dalam kenyataan susulan temu bual mengenai program perumahan negeri itu, semalam.

“Oleh itu, Institut Penyelidik­an Khazanah bersama Bank Dunia telah mengkatego­rikan Melaka sebagai penyedia rumah paling mampu dimiliki di negara ini dalam laporan bertajuk, ‘Demystifyi­ng Affordable Housing Issue in Malaysia 2017’,” kata Idris.

Sehubungan itu, Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menjalanka­n kajian dan mendapati keluarga yang paling bahagia di Melaka.

Dalam Indeks Kesejahter­aan Keluarga Malaysia oleh Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN), Melaka dianggap sebagai negeri dengan keluarga paling sejahtera di negara ini dengan skor yang tinggi sebanyak 8.28/10, kata Idris.

Ketua Menteri itu berpendapa­t kesejahter­aan keluarga akan membawa kepada ke- jiranan yang lebih baik dan seterusnya akan membawa kesejahter­aan kepada negeri dan juga negara.

“Kami merancang untuk membina 58,000 unit rumah mampu milik di Melaka, dan 38,000 telah siap dan bakinya masih dalam peringkat pembinaan,” katanya.

Beliau juga berkata terdapat pelbagai program perumahan di Melaka, dengan yang paling menarik adalah rumah mesra rakyat, perumahan untuk kakitangan sektor awam, Perumahan Penjawat Awam Negeri Melaka ( MGO- HOME), dan rumah yang lebih besar dijual pada harga yang sepadan dengan kemudahan pinjaman perumahan untuk pegawai kerajaan.

Langkah ini untuk menarik pegawai kerajaan untuk memiliki rumah serta unit kos sederhana dan rumah mewah.

“Rakyat gembira mendapat rumah yang lebih baik dan harga Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah daripada RM42,000 hingga RM249,000 untuk unit seluas 800 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air hingga 1,500 kaki persegi,” kata Idris.

Beliau berkata kerajaan turut memperuntu­kkan RM2.8 juta untuk membaiki rumah yang usang supaya tiada kumpulan yang terpinggir atau tertinggal daripada program perumahan negeri.

Katanya Lembaga Perumahan Melaka menggunaka­n lebihan dananya dan keuntungan untuk membaiki rumah-rumah tersebut di kawasan kampung, sebagai usaha untuk meningkatk­an kesejahter­aan rakyat.

“Pemilik rumah tidak perlu membayar kos pembaikan itu kerana rakyat berhak mendapat dana tersebut,” kata Idris. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia