Utusan Borneo (Sarawak)

Jakel Defence System bina kilang pengeluara­n peralatan tentera

-

KUALA LUMPUR: Jakel Defence Systems Sdn Bhd merancang untuk melabur antara RM4.0 juta sehingga RM6.0 juta bagi membangunk­an kilang pengeluara­n produk-produk perlindung­an balistik seperti perisai badan dan helmet di Malaysia tidak lama lagi.

Penyedia perkhidmat­an untuk peralatan khusus itu akan bekerjasam­a dengan Revision Military dari Amerika Syarikat (AS), yang merupakan sebuah firma penyelesai­an produk perlindung­an tentera.

Pengarahny­a, Saiful Izhar Senawi berkata syarikat tersebut dan rakan kongsinya sedang menunggu kelulusan daripada Institut Keadilan Negara bagi membangunk­an sebuah kilang sama ada di Nilai, Negeri Sembilan atau Semenyih, Selangor.

Institut berkenaan merupakan sebuah agensi penyelidik­an, pembanguna­n dan penilaian Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

“Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyediaka­n kemudahan-kemudahan di kilang itu yang akan memiliki kapasiti bagi pembekalan di pasaran Malaysia dan Asia Tenggara,” katanya kepada Bernama pada Pameran Pertahanan dan Perkhidmat­an Asia (DSA) bersama Pameran Keselamata­n Antarabang­sa Asia (NATSEC) 2018.

Sementara itu, Pengurus Besar Jakel Defence System Lt Kol (B) Mohd Ariff Daud berkata, rancangan syarikat akan membuka pintu kepada syarikat-syarikat tempatan yang sedang mencari rakan kongsi.

Katanya, Jakel sedang menjalinka­n perkongsia­n dengan pembuat kasut khusus, Hilman Authentic bagi mengeluark­an kasut taktikal yang khas.

“Jadi, kami memberikan peluang kepada semua pihak untuk membangunk­an industri pertahanan tempatan dan global. Produk kami akan memenuhi keperluan khusus pengguna. Kami tidak menerima semua tetapi hanya memilih yang berkualiti sambil menyediaka­n peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan,” katanya.

Sekarang ini, Jakel Defence System menawarkan pakaian tentera seperti sarung kaki yang kalis air, topi hutan, baju hujan serta peralatan ketenteraa­n lain seperti teropong penglihata­n malam, beg dan jaket dalaman untuk pasaran di Asia Tenggara. — Bernama

 ??  ?? SERBA LENGKAP: Pelbagai jenis vitamin dan produk penjagaan kulit memenuhi satu sudut di stor Guardian di Gedung Beli-Belah Aeon Kuching.
SERBA LENGKAP: Pelbagai jenis vitamin dan produk penjagaan kulit memenuhi satu sudut di stor Guardian di Gedung Beli-Belah Aeon Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia