Utusan Borneo (Sarawak)

Guardian Malaysia berkembang agresif

Lebar sayap dengan tiga stor konsep baharu dibuka di Kuching dalam tempoh seminggu

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Guardian Malaysia, peneraju dalam perniagaan farmasi, kesihatan dan kecantikan, telah berkembang secara agresif dalam melebarkan sayapnya di Malaysia Timur dengan pembukaan tiga stor konsep baharu di sini dalam tempoh seminggu.

Ketiga-tiga stor tersebut memaparkan konsep runcit pertama kali diperkenal­kan di Sarawak, menawarkan pengalaman membeli-belah lebih hebat dalam suasana selesa, menyeronok­kan serta mengalami ‘ sentuhan dan rasa’ lebih baik,

Acara pembuka stor bermula dengan stor Guardian di tHe Spring pada 16 April, diikuti pembukaan stor Guardian di pusat komersial Saradise pada 19 April.

Pada 20 April stor Guardian di Aeon Kuching Sentral yang baharu dilancarka­n.

Sehingga kini Guardian telah bertapak di Sarawak selama 23 tahun selepas stor pertama dibuka di Wisma Saberkas di sini pada 1995.

Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Malaysia Soren Lauridsen berkata, pihaknya amat teruja dengan pembukaan ketiga-tiga stor itu dalam masa seminggu di ibu negeri Sarawak yang pasti dapat memenuhi kehendak pengguna yang semakin meningkat dari dalam dan luar negara.

“Kami melihat potensi yang baik untuk perniagaan kerana kami yakin polisi kami dalam menawarkan nilai terbaik untuk wang dalam bentuk harga terendah, semakin mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia di seluruh negara,” katanya.

Tambahnya ketiga-tiga stor yang berukuran 1,500-2,600 kaki persegi itu, dihias terang bagi mewujudkan suasana menarik dan berbeza untuk pengalaman membeli-belah di stor kesihatan dan kecantikan itu.

“Stor konsep yang sama telah dilancarka­n di Kuala Lumpur kurang setahun lalu dan kami amat teruja di Malaysia Timur kini termasuk dalam rancangan pengembang­an perniagaan kami,” katanya.

Selain produk kesihatan dan kesihatan biasa, stor-stor di Kuching turut menawarkan barangan kecantikan dan solekan baharu termasuk beberapa jenama dari Jepun, Korea dan tempatan.

“Hari ini kami menawarkan kepada pelanggan di Malaysia Timur, Sarawak khasnya jenama-jenama kosmetik seperti Kiss Me Ferme, D-up, K-Palette, CanMake, semua dari Jepun.

“Selain itu, terdapat juga produk lain seperti jenama tempatan daripada pemilik butik popular Belle Yahya, Palladio dari Amerika Syarikat, Rimmel dari UK dan jenama baharu AprikSkin dari Korea,” jelasnya.

Sempena pembukaan tiga stor tersebut, pelbagai hadiah promosi ditawarkan seperti ‘pemberian kupon kepada pelanggan awal’.

Pelanggan awal ini akan menerima kupon bernilai RM5 untuk sebarang nilai pembelian dan ia diberikan kepada 200 pelanggan pertama Guardian.

Pelanggan juga boleh mendapatka­n payung Guardian pada harga RM1 dengan pembelian minimum RM80, namun ia terhad untuk 200 pelanggan pertama atau sementara stok masih ada.

Kuching bukan satu-satunya bandar di Sarawak memiliki stor Guardian berkonsep baharu, dua lagi dibuka Mac lepas di Sibu iaitu satu di Wisma Sanyan dan satu lagi di Star Megamall.

Perkembang­an Guardian Malaysia ini menunjukka­n komitmen syarikat dalam menyokong ekonomi negara dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Sarawak khasnya.

Stor konsep tersebut juga dihiasi cermin bagi memudahkan pelanggan wanita khasnya, mencuba sendiri produk solekan terkini.

Kelebihan di Guardian Aeon Kuching ialah selain dilengkapi dengan cermin penghias diri, bar kecantikan turut diwujudkan, ia mempamerka­n pelbagai alat kecantikan terkini dari Korea untuk semua pelanggan alat solek termasuk golongan profesiona­l.

Perkhidmat­an ahli farmasi sepenuh masa juga disediakan di Guardian Aeon Kuching bagi melakukan pemeriksaa­n kesihatan asas, rundingan perkhidmat­an penjagaan kesihatan, pengurusan berat badan dan kaunseling berhenti merokok.

Hadir pada lawatan media ke Guardian Aeon Kuching ialah Pengurus Operasi Guardian Malaysia Timur Sahrulzama­n Ab Rahim, Eksekutif Kanan Hal Ehwal Korporat dan Acara Guardian Malaysia Jane Loo dan Pengurus Kawasan/Ahli Farmasi (Malaysia Timur) Sack Siew Hwa.

 ??  ?? TERBAIK: Sahrulzama­n dan Sack (tiga kanan) bersama staf Guardian di Gedung Beli-Belah Aeon Kuching menunjukka­n antara barangan yang dijual di situ.
TERBAIK: Sahrulzama­n dan Sack (tiga kanan) bersama staf Guardian di Gedung Beli-Belah Aeon Kuching menunjukka­n antara barangan yang dijual di situ.
 ??  ?? KHAS UNTUK WANITA: Ruang pameran dan jualan kosmetik serta alat solek pelbagai jenama dilengkapi cermin penghias diri.
KHAS UNTUK WANITA: Ruang pameran dan jualan kosmetik serta alat solek pelbagai jenama dilengkapi cermin penghias diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia