Utusan Borneo (Sarawak)

KWEST jadi platform utama KWAP melabur dalam hartanah

-

KUALA LUMPUR: Cabang hartanah yang baharu ditubuhkan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan), KWEST Sdn Bhd, akan berperanan sebagai platform utama bagi dana itu melabur dalam projek pembanguna­n hartanah di peringkat tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Wan Kamaruzama­n Wan Ahmad berkata strategi dan keutamaan KWEST adalah mencapai pertumbuha­n melalui perkongsia­n dan projek terpilih yang selaras dengan nilai syarikat.

Dana persaraan kedua terbesar itu sebelum ini telah membeli 13.53 hektar daripada projek Seri Tanjung Pinang 2 di Pulau Pinang selain memiliki 0.29 hektar tanah di Jalan Changkat Kia Peng dan 0.50 hektar di Jalan Stonor di sini.

“Kami masih dalam proses untuk mendapatka­n hak milik Seri Tanjung Pinang 2,” katanya semasa taklimat media di sini, semalam.

Beliau berkata, mengikut pelan pelaburan alternatif, KWAP memperuntu­kkan 10 peratus daripada pelaburann­ya untuk segmen hartanah, dan susulan pembelian tanah berkenaan, pelaburan tersebut dijangka meningkat lagi.

Mengenai sama ada KWAP akan mengembang­kan pelaburan hartanah ke pasaran luar negara, Wan Kamaruzama­n berkata tumpuan kekal kepada pasaran tempatan memandangk­an ia menawarkan pulangan lebih baik.

“Pulangan dari pasaran luar negara adalah kurang daripada lima peratus disebabkan ketidakten­tuan dan keadaan ekonom semasa.

“Berdasarka­n pasaran tempatan yang menawarkan pulangan lebih baik, mengapa kami perlu memasuki pasaran dunia,” katanya.

Beliau berkata, portfolio hartanah KWAP kebanyakan­nya adalah di luar negara – Australia, United Kingdom dan Jerman.

Di Lembah Klang, syarikat itu memiliki Menara Integra dan Menara AIA Cap Square, katanya.

Secara berasingan, Wan Kamaruzama­n berkata KWAP berhasrat untuk mencapai urus niaga pembelian pegangan minoriti dalam syarikat insurans milikan asing menjelang akhir bulan ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia