Utusan Borneo (Sarawak)

Perkara yang tidak ditunaikan semasa kepimpinan perdana menteri terdahulu harus ditunaikan

-

KIMANIS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperakuk­an hak Sabah dan Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) harus dilaksanak­an kerana kerajaan mengiktira­f kedua- dua negeri itu sebagai sebahagian daripada Persekutua­n Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Katanya, Najib mengakui perkara berkaitan hak Sabah dan Sarawak dalam MA63 yang tidak ditunaikan semasa kepimpinan perdana menteri terdahulu harus ditunaikan.

“Jelas MA63 diakui Datuk Seri Najib. Jika ada yang terambil, bukan oleh Datuk Seri Najib, tetapi oleh perdana menteri yang telah memimpin negara selama 22 tahun, sekarang kita mahu kembalikan apa-apa yang terambil itu.

Jika ada isu terlepas pandang atau perkara yang tak diselesaik­an pemimpin dulu, Datuk Seri Najib akan mencari jalan untuk menyelesai­kannya,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat peringkat Parlimen Kimanis di Bongawan dekat sini.

Malah, Ahmad Zahid berkata Najib turut melantik pemimpin dari Sabah iaitu Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan dari Sarawak iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri untuk mewakili kerajaan mengkaji dan memperinci­kan perkara yang berkaitan kedua-dua negeri itu dalam MA63.

“Apabila Anifah dan Nancy diberi mandat oleh kabinet (untuk mengkaji dan memperinci­kan MA63) bererti kepimpinan negara (Najib) mempunyai kesungguha­n (untuk melaksanak­an perkara dalam MA63).

“Ia (perkara dalam MA63) bukan semata-mata janji dalam manifesto BN (untuk PRU14), tetapi proses pelaksanaa­nnya telah berjalan,” katanya.

Anifah, yang juga Ketua UMNO Bahagian Kimanis dan penyandang kerusi Parlimen Kimanis, berkata selama Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, tiada sumbangann­ya kepada pembanguna­n Sabah.

“Dia (Dr Mahathir) kata orang Sabah pemalas. Tentunya kami di Sabah amat tersinggun­g,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSEMANGA­T: Ahmad Zahid menyampaik­an ucapan pada Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat di Tamu Pekan Bongawan semalam.
— Gambar Bernama BERSEMANGA­T: Ahmad Zahid menyampaik­an ucapan pada Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat di Tamu Pekan Bongawan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia