Utusan Borneo (Sarawak)

Pesakit hemofilia perlu ilmu pengetahua­n tepat

-

KOTA KINABALU: Setiap penghidap penyakit hemofilia memerlukan ilmu pengetahua­n tepat mengenai cara hidup sesuai yang perlu dijalani.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata, pesakit hemofilia perlu mahir dalam memberi suntikan ubat kepada diri sendiri.

“Selain itu, mereka juga perlu mahir dalam terapi ais serta latihan jasmani yang betul dan selamat.

“Sukan yang lasak perlu dielakkan, mereka juga perlu menjaga berat badan, kesihatan gigi dan sebagainya,” katanya ketika merasmikan Hari Hemofilia Sedunia 2018, di sini pada Ahad.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Ferous Alias.

Beliau berkata, jangan mudah terpengaru­h dengan makanan dan minuman herba ‘magis’ yang dikatakan mampu menawar penyakit pendarahan kerana ia tidak pernah dibuktikan kesannya.

Katanya, hanya ilmu peng- etahuan tepat boleh memastikan pesakit hemofilia dapat menjalani kehidupan sihat dan cergas seperti insan yang lain.

“Saya berbangga dengan aktiviti-aktiviti yang dilaksanak­an oleh Pertubuhan Hemofilia Malaysia (Sabah Chapter) yang banyak mem- berikan tumpuan pendidikan kepada pesakit dan ibu bapa mengenai perkara berkaitan penyakit ini.

“Kejayaan persatuan ini mengadakan program pendidikan di Hospital Duchess of Kent Sandakan juga satu langkah positif untuk lebih meny- edarkan masyarakat mengenai penyakit ini,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Hemofilia Malaysia (Sabah Chapter) Alice Ho berterima kasih kepada Syarikat Kimanis O&G Sdn Bhd dan Kimanis Power Plant kerana sentiasa memberikan sokongan positif kepada persatuan itu.

“Saya juga berharap program pendidikan yang diadakan di Sandakan akan mendapat sambutan menggalakk­an daripada kalangan masyarakat yang mempunyai ahli keluarga menghidap penyakit hemofilia,” katanya.

 ??  ?? PENGETAHUA­N TEPAT: Ferous (tengah, baju putih) merakamkan gambar kenangan bersama para peserta sambutan Hari Hemofilia Sedunia 2018.
PENGETAHUA­N TEPAT: Ferous (tengah, baju putih) merakamkan gambar kenangan bersama para peserta sambutan Hari Hemofilia Sedunia 2018.
 ?? — Gambar Bernama ?? PERUNTUKAN: Ahmad Zahid (kiri) menyerahka­n cek peruntukan membaik pulih gereja kepada Anifah pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Tamu Pekan Bongawan semalam.
— Gambar Bernama PERUNTUKAN: Ahmad Zahid (kiri) menyerahka­n cek peruntukan membaik pulih gereja kepada Anifah pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Tamu Pekan Bongawan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia