Utusan Borneo (Sarawak)

BENDERA BAHARU RRD TERAP WARNA ASAS BENDERA SARAWAK

-

Rejimen Renjer Diraja (RRD) kini berwajah baharu dengan menerapkan warna asas bendera Sarawak.

Panglima Medan Timur Tentera Darat merangkap Pengerusi RRD Leftenan Jeneral Datuk Wira Mohd Zaki Mokhtar berkata, perbarisan itu amat bermakna kepada warga RRD yang mana bendera lama dikembalik­an semula ke Bumi Kenyalang yang merupakan asal usul wujudnya rejimen berkenaan.

“Di sinilah suatu ketika dahulu ia dimulakan dan kini kembali ke bumi asal untuk kita semadikan dan gantikan bendera baharu setelah 55 tahun.

“Warna baharu bendera RRD adalah sama dengan bendera negeri Sarawak kerana di sinilah asal kewujudan RRD ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perbarisan Pertukaran Bendera RRD di Padang Kawad Kem Muara Tuang di Kota Samarahan, baru-baru ini.

Teras kepada cadangan tersebut adalah warna bendera RRD yang asal iaitu hijau (rifle green) kepada warna merah, kuning dan hitam yang menampakka­n warna asas RRD.

Warna merah bermaksud keberanian, kesungguha­n dan pengorbana­n, kuning pula bermaksud keagungan, perundanga­n dan peraturan, perpaduan serta kestabilan dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Manakala warna hitam merupakan warna asal identiti RRD sejak penubuhann­ya.

Tiga warna berkenaan juga sempena warna asas bendera Sarawak yang merupakan sejarah awal penubuhan RRD.

Menyingkap sejarah penubuhan RRD selepas pembentuka­n Malaysia, ia merupakan pasukan tempur infantri dalam tentera darat yang terkenal dengan cogan kata ‘Agi Hidup Agi Ngelaban’ yang berasal daripada bahasa Iban.

Cogan kata ini digunakan oleh Sarawak Renjer dan dianggap sebagai keramat bagi bekas pegawai dan anggota renjer kerana banyak menyemarak­kan semangat mereka apabila bertempur dengan musuh.

Cadangan pertukaran bendera baharu RRD telah diusulkan sewaktu Mesyuarat Jawatankua­sa Pusat RRD Ke-38 pada 16 April 2010.

Mesyuarat Jawatankua­sa Panglima Tentera Darat Siri 4/2017 pada 8 Disember lalu dipengerus­ikan Panglima Tentera Darat telah meluluskan kertas kerja cadangan reka bentuk bendera baharu RRD.

Hadir sama Panglima Divisyen Pertama Infantri Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw, Panglima Angkatan Petugas 450 Mejar Jeneral Datuk Zulkapri Rahamat dan tetamu kehormat lain.

 ??  ??
 ??  ?? WAJAH BAHARU: Bendera baharu Rejimen Renjer Diraja dinaikkan.
WAJAH BAHARU: Bendera baharu Rejimen Renjer Diraja dinaikkan.
 ??  ?? PERISA: Zaki melakukan pemeriksaa­n perbarisan pertukaran bendera Rejimen Renjer Diraja.
PERISA: Zaki melakukan pemeriksaa­n perbarisan pertukaran bendera Rejimen Renjer Diraja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia